top of page

Pusat Khidmat Parlimen Sg Petani sumbang bantuan mangsa ribut

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Aug 3, 2022
1 min read


Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani baru baru ini menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Bukit Kechil, Simpor.


Sumbangan itu disampaikan oleh pegawai khas di pusat khidmat, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar, dua dari kanan).


"Dalam kejadian pada 15 Julai lalu, beberapa buah rumah penduduk telah terjejas serta mengalami kerosakan teruk terutamanya pada bahagian bumbung.


"Diharapkan bantuan disampaikan ini dapat membantu menampung kos membaikpulih kediaman yang rosak akibat kejadian tersebut," kata kenyataan pusat khidmat terbabit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page