top of page

Pupuk perpaduan warga kota menerusi aktiviti sukan



Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin menyeru wargakota terutama para penduduk Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar terus memupuk perpaduan antara komuniti menerusi aktiviti sukan bagi merealisasikan hasrat Kuala Lumpur sebagai pusat kecemerlangan sukan negara.


"Semangat kesukanan yang ditunjukkan para pemain yang mewakili perumahan masing-masing mampu diterjemahkan ke dalam perpaduan erat antara komuniti setempat bagi membentuk komuniti wargakota yang sihat dan aktif menerusi kejohanan sukan.


"Saya optimis sukan dapat mengeratkan perpaduan dan menyatukan rakyat berbilang kaum terutama di Kuala Lumpur bagi menyemarakkan gagasan Malaysia MADANI yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan," katanya selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Karnival Bolasepak Perumahan DBKL @ Home Cup Edisi ke-2 2023 yang diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Azman Abidin

Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak itu yang ditugaskan menjaga hal ehwal Wilayah Pesekutuan turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Perumahan Awam (PA) R1 Seksyen 1 Wangsa Maju yang berjaya menewaskan pasukan PA Setapak Jaya 1A dengan mata 3 – 0 sekaligus menjuarai DBKL Home Cup 2023 dalam perlawanan akhir yang diadakan kelmarin.


Kejohanan tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur selaku perasmi penutup kejohanan


Turut hadir dalam acara itu, Ismadi Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL dan Andre Lai Chen Heng, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Sebanyak 37 pasukan telah mengambil bahagian pada edisi kali ini berbanding hanya 27 pasukan pada edisi yang lepas. Pemain-pemain merupakan golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun dan mendiami PA/PPR seliaan DBKL.


Pertandingan peringkat kumpulan bagi edisi kali ini bermula pada 16 September lalu dan seterusnya ke peringkat 16 pasukan terbaik. Lapan pasukan terbaik yang berjaya ke peringkat suku akhir layak memenangi hadiah berbentuk wang tunai.


Untuk rekod, penganjuran Kejohanan DBKL Home Cup 2023 telah memasuki edisi kedua susulan sambutan memberangsangkan yang telah diterima oleh DBKL pada edisi pertama yang berlangsung pada tahun lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page