Punca inflasi di Malaysia: Pemberian wang tunai populis Kerajaan BN



Kerajaan BN sejak bertahun tahun tidak faham punca inflasi atau kenaikan harga barang mendadak di Malaysia.


Menurut mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, kerajaan tidak memperbaiki punca kekangan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga tetapi terus memberi wang tunai kepada rakyat untuk menjadi popular.


Katanya, sekiranya masalah bekalan barang keperluan seperti makanan diselesaikan dan berlaku kecukupan dalam rantaiannya maka harga tidak akan naik begitu tinggi.


"Sebenarnya ada kesan beri duit tunai terus kepada rakyat. Sebagai orang politik (pemberi) akan jadi popular. Mentaliti mereka dengan beri wang kepada rakyat maka rakyat akan jadi hamba dan meminta wang.


"Namun kita juga tidak boleh lupa, kalau kita beri tunai bagaimanakah jumlah wang itu akan memberi kesan dengan kenaikan harga barang.


"Misalnya beri wang RM200, tetapi bukan untuk bayar utiliti, rakyat belanja sekali gus. Atau budak muda, dapat duit dia pergi dating. Itu akan menambah kuasa beli mereka. Kalau belanja sekali gus ia akan menaikan harga barang


"Itulah inflasi berlaku apabila kuasa beli meningkat. Pandangan saya, sebaik mungkin kita selesaikan punca masalah. Kalau masalah bekalan maka kita kena fokus apa kita perlu buat untuk memastikan bekalan teratur. Sama ada minyak masak, ayam, beras, tak terdedah kepada gangguan mendadak," katanya.


Jelas Rafizi lagi, dalam keadaan ekonomi negara yang kecil seperti Malaysia, harga meningkat biasanya tidak turun.


Katanya, sekiranya ekonomi lebih besar maka bekalan dan permintaan lebih cair. Sekiranya berlaku permintaan tinggi maka bekalan akan naik lebih cepat memenuhi permintaan.


"Di negara ini, kalau harga tinggi (naik), bekalan lambat naik maka harga kekal di situ. Kalau ada lebih banyak permintaan, bekalan terus lambat naik.


"Di sini kamu kena lihat di supply side kerana tak dapat diselesai dengan baik. Idea (beri wang tunai) yang ada pada (bekas Perdana Menteri) Najib Razak dan BN ini idea yang lapuk dari dulu. Short term yang hanya 'beli undi' rakyat, menyebabkan kita berada dalam masalah bekalan makanan," katanya.


Atas sebab itu, jelas Rafizi, Najib yang tidak sepatutnya kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu dengan program subsidi bersasarnya telah kalah.


Katanya, rakyat akhirnya sedar pemotongan subsidi umum tidak berakhir kepada subsidi bersasar, tetapi Kerajaan BN menggunakan kewangan yang ada untuk membina projek kroni dan harga barang terus meningkat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER