top of page

PTKL 2040 di peringkat akhir, akan dibentang untuk kelulusan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 26
  • 1 min read

Dr Zaliha (kiri) dalam Majlis Peluncuran Warisan KL yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri di DBKL
Dr Zaliha (kiri) dalam Majlis Peluncuran Warisan KL yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri di DBKL

Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 kini di peringkat akhir penelitian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).


Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dipetik media berkata, draf itu akan digunakan bagi mengawal perancangan pembangunan di Kuala Lumpur akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Selepas itu, insya-Allah, kita teruskan proses iaitu Peguam Negara dan seterusnya kita boleh mewartakan (PTKL 2040) dalam masa terdekat," katanya dipetik.


Draf PTKL 2040 dilancarkan pada 30 Januari tahun lalu bagi menterjemah visi serta matlamat digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang telah diwartakan sebelumnya.


Pelan yang termaktub dari segi perundangan untuk diguna pakai oleh Datuk Bandar itu bertujuan mengawal perancangan zon guna tanah dan intensiti pembangunan secara spesifik ke atas setiap lot tanah di ibu negara.


Ketika melancarkan draf itu, Dr Zaliha menyeru pihak termasuk wakil agensi kerajaan, swasta, industri, badan bukan kerajaan (NGO) dan warga kota mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam terhadap kandungannya.


Ia bagi membolehkan sebanyak mungkin pandangan, cadangan serta idea terhadap kandungan draf diteliti oleh jawatankuasa sebelum ianya diwartakan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page