top of page

PTKL 2024: Pihak berkepentingan dialu-alukan beri pandangan



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengalu-alukan semua pihak berkepentingan untuk mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam kandungan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040)


Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan PTKL 2024, di Kuala Lumpur pada Selasa, Dr Zaliha berkata agensi kerajaan, swasta, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipelawa memberi sebanyak mungkin pandangan, cadangan serta idea terhadap kandungan draf itu untuk diteliti oleh jawatankuasa terlibat sebelum diwartakan pada suku pertama 2025.


"Selain secara fizikal, orang ramai juga boleh berbuat demikian secara dalam talian menerusi laman sesawang https://ppkl.dbkl.gov.my/e-pandangan," katanya.


PTKL 2040 merupakan satu pelan terperinci menterjemahkan polisi dan cadangan terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang telah diwartakan pada 19 Okt 2023.


Ia merupakan satu dokumen penting dalam menentukan hala tuju serta kemampuan pelaksanaan pembangunan di Kuala Lumpur menjelang 2040.


"Ia dirangka dengan menitikberatkan kepentingan untuk menjadikan ibu kota sebagai sebuah bandar raya yang mesra didiami segenap lapisan masyarakat dan menjadi tumpuan kepada pelancongan serta pelaburan untuk dekad mendatang," tambah Dr Zaliha.


Sebagai rekod, sesi pendengaran awam PTKL 2024 bermula hari ini dan berakhir dalam tempoh sebulan, namun menurut Dr Zaliha masa akan ditambah sehingga tiga bulan jika terdapat keperluan.


Sementara itu orang ramai boleh menyemak draf PTKL 2040 bermula esok hingga 1 Mac depan, di Menara DBKL 1 dan Menara DBKL 3 serta melalui pameran bergerak yang akan diadakan di 11 kawasan Parlimen di ibu kota.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page