top of page

PSB 2025 untuk pembangunan mampan, elak bandar lama terbiar - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 27
  • 1 min read
ree

Pelaksanaan pembaharuan semula kawasan bandar merupakan langkah penting bagi memastikan kawasan bandar lama tidak terus terbiar.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang sedang diusahakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bakal memberi nafas baharu kepada kawasan bandar, khususnya kawasan uzur dan usang.


Bagaimanapun tegasnya, sebarang perkara membabitkan RUU tersebut wajar diteliti dengan menyeluruh.


"Kalau URA jadi, ia akan memberi ruang untuk bangunkan semula kawasan uzur antaranya di Ampang, Gombak, Hulu Langat. Saya rasa aspek itu akan membantu kita, cuma kita perlu teliti beberapa tentangan melibatkan isu-isu tertentu.


"Secara keseluruhannya saya percaya URA ini diperlukan oleh mana-mana pentadbiran dan pemerintah. Kalau tidak, kita akan membiarkan kawasan itu terus susah tanpa dibangunkan semula," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2025 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Selasa.


Bacaan kedua dan ketiga RUU berkenaan dijadualkan berlangsung di Dewan Rakyat hari ini. Ia bakal menjadi dasar penting bagi memastikan pembangunan bandar di Malaysia kekal mampan, maju, makmur dan inklusif, sekali gus melindungi kepentingan rakyat yang tinggal di kawasan lama dan tidak selamat.


Mula dirangka di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pada 2021, akta yang bertujuan menyediakan persekitaran kehidupan lebih selesa untuk masyarakat bandar itu ditohmah kononnya akan meminggirkan orang Melayu dari kawasan bandar.


Beberapa Ahli Parlimen Kerajaan menyatakan kebimbangan, persepsi dimainkan pembangkang itu hanya akan menjejaskan nasib rakyat yang memerlukan pembangunan semula kawasan kediaman mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page