top of page

PRU 15 harung banjir: Islam larang letak rakyat dalam kesusahan



Pilihan Raya Umum (PRU) 15 pada musim banjir bukan sahaja menimbulkan reaksi spontan kemarahan rakyat tetapi juga tidak bertepatan dengan hukum Islam.


Menurut Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, Islam sebagai agama yang lengkap dan menyeluruh sentiasa bersikap mendahulukan manfaat kemanusiaan.


Katanya, dalam bidang fiqh sumber hukum Islam bukan sahaja terhad kepada al-Quran dan Sunnah, tetapi meliputi juga ijma' dan qiyas. Ada juga pandangan yang meletakkan u'ruf atau adat kebiasaan sebagai salah satu kaedah fiqh.


"Dalam kaedah ini, segala fakta selain nas daripada Al-Quran dan hadis akan turut menjadi pertimbangan.


"Sebagai contohnya mengkategorikan dadah sebagai al-khamr yang berpotensi menghilangkan kewarasan akal datang daripada data kajian terhadap kesan dadah kepada otak. Maka dari sinilah sabit hukum pengharaman dadah.


"Jika ditinjau pelaksanaan PRU ke 15 pada musim hujan maka kaedahnya juga serupa. Data-data dari Jabatan Meteorologi Malaysia adalah hujah yang kuat dan tidak boleh diketepikan dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, data daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati negara akan berhadapan dengan pertukaran angin monsun bermula pada awal Oktober sehingga lewat November. Ia akan mengakibatkan hujan dan ribut petir sehingga mengakibatkan banjir.


Dalam pada itu, katanya, pertimbangan waktu pula jelas menunjukkan masih ada tempoh pilihan sehingga tamat penggal pada bulan Julai 2023 bagi mengelakkan PRU musim tengkujuh. Oleh itu, katanya, dari segi masa ia terkeluar dari kategori dharuriyat atau keperluan mendesak.


"Jika kita meluaskan lagi perbincangan dari sudut maqasid syariah atau kepada perbahasan keutamaan (fiqh Awlawiyat) dan keseimbangan (Muwazanat), maka akan semakin jelas ketempangan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen dalam masa terdekat.


"Keputusan itu lebih menjurus kepada nafsu untuk terus berkuasa dan mengenepikan keselamatan umat Melayu dan umat Malaysia keseluruhannya.


"Ia juga datang dari rasa gelabah jika pilihan raya umum semakin lambat, maka semakin pudarlah harapan Umno merebut kuasa," katanya lagi.


Justeru, Amidi berkata, rakyat boleh memahami mengapa tiada sebarang suara menyokong dari rakan kongsi kerajaan Keluarga Malaysia iaitu Pas dan Bersatu untuk bersungguh-sungguh menyokong keputusan Umno itu.

0 comments

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page