top of page

PRU 15: PH siap sedia hadapi pertandingan 3 penjuru atau satu lawan satu



Pakatan Harapan (PH) bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sama ada pada tahun ini atau tahun berikutnya.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN yang juga Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, gabungan itu juga bersedia untuk pertandingan secara 3 penjuru mahupun satu lawan satu dengan calon-calon lawan.


"PH sudah tentu sentiasa bersiap siaga untuk melihat apa jua senario pilihan raya, sama ada satu lawan satu atau pertandingan 3 penjuru.


"Hujung minggu ini PH akan mengadakan temurapat atau retreat selama 2 hari dan akan dibincangkan pelbagai senario atau pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. Juga mengambil langkah persiapan yang lebih kemas dalam usaha PH menghadapi PRU.


"Sama ada ianya pertandingan satu lawan satu, tiga penjuru atau pelbagai penjuru, saya nak beri satu jaminan bahawa PH sangat fokus kepada persiapan menghadapi PRU," katanya menjawab soalan wartawan mengenai perpecahan Perikatan Nasional dan strategi PH berdepan PRU 15.


Mengulas mengenai calon-calon yang akan dibariskan oleh KEADILAN, Saifuddin menegaskan formulanya tidak akan banyak berbeza daripada yang digunapakai sejak beberapa PRU lepas, iaitu percampuran seimbang muka lama, baharu, anak muda dan wakil wanita.


"Dalam sejarah parti KEADILAN mengambil bahagian dalam PRU sebanyak lima kali sejak 1999 hingga 2018, seringkali KEADILAN akan membariskan calon-calon yang terdiri daripada tokoh lama, tokoh baru, anak muda dan wakil wanita.


"Jadi itu merupakan ramuan yang menjadikan penyertaan KEADILAN unik. Saya percaya tradisi ini akan terus dikekalkan oleh parti dalam menyusun atau meletakkan calon pada PRU nanti," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page