top of page

PRU 15: PH, PN, BN bertembung, pemenang ditentukan pengundi Melayu?



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin berlangsung pada tahun hadapan sebaik sahaja keadaan Covid 19 terkawal akan menjadi medan pertempuran sangat menarik apabila 3 blok utama politik akan bertembung.


Bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, PRU 15 akan menyaksikan blok kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan BN bertembung sesama sendiri dan Pakatan Harapan (PH) di sisi lain sebagai blok pembangkang terkuat.


Katanya, dalam pertembungan itu PN dan BN akan cuba merebut undi 60% pengundi Melayu, manakala PH mempunyai sokongan yang meyakinkan daripada bukan Melayu.


"Ia bergantung sejauh mana undi Melayu akan berpihak. Undi bukan Melayu setakat hari ini, dengan kerajaan gagal dan sebagainya saya kira majoriti atau very significant majority akan berpihak kepada PH.


"Tetapi undi Melayu yang menjadi pertaruhan. Sejauh mana posisi pertentangan itu wujud, dengan kita ada BN, PN, PH di satu sudut dan kita lihat Pejuang belum bersama PH lagi. Pejuang di satu sudut juga Muda. Ini kalau di Semenjaung tetapi di Sabah dan Sawarak dinamismenya lain," katanya dalam wawancara bersama Suara Keadilan, baru-baru ini.


Tambah Dr Maszlee, tidak seperti PRU 14 pemenang boleh ditentukan dengan agak mudah, dalam PRU 15 pemenang hanya diketahui selepas keputusan diumumkan.


"Jadi sejauh mana dapat diselesaikan ini (isu pertembungan parti kerjaaan). Setakat ini, nampaknya macam tiada ura-ura untuk one to one. Bagaimanapun menjelang PRU macam-macam boleh berlaku," katanya lagi.


Untuk rekod, PRU ke 15 kemungkinan besar diadakan menjelang hujung tahun 2022 selepas berakhirnya tempoh gencatan senjata antara kerajaan Perikatan Nasional dan PH pada bulan Julai.


Namun pemerhati politik beranggapan situasi akan menjadi tidak menentu terutama apabila Umno mengikut keputusan Perhimpunan Agung Umno yang menolak kerjasama dengan Bersatu dan menyaksikan kerusi-kerusi Melayu direbutkan oleh 2 parti berasaskan Melayu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page