top of page

PRU 15: Pas lari perjuangan asal, mungkin prestasi merudum di semua negeri?



Pas yang telah lari daripada perjuangan asal mendaulatkan hukum Islam kepada berkompromi dalam banyak perkara sebagaimana didakwa lewat dokumen 'Pasleaks' baru baru ini, mungkin bakal menghadapi kemarahan para penyokongnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Malah tanpa pendedahan Pasleaks sekali pun, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, imej parti Islam itu telah terjejas teruk dalam kalangan penyokong sehingga di Pantai Timur sekali pun.


Menurut Azan, imej Pas di Kelantan dan Terengganu merudum berbanding PRU 14 lalu, dan berkemungkinan tumbang di kedua dua negeri berkenaan.


"Keadaan di Kelantan sama seperti Terengganu. Kedua negeri berada atau berkongsi senario yang sama


"Di Kelantan sampai ke tahap wujudnya satu perisytiharan Husam (pemimpin Amanah Kelantan) dengan dengan (pemimpin Umno) Tengku Razaleigh Hamzah (berhubung Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan) walaupun di atas kapasiti (bukan politik tetapi) telah ada satu benda official diumumkan.


"Di Terengganu memang telah ada perbincangan dan sebagainya, cuma tidak diumumkan secara rasmi. Yang penting di Terengganu ahli Pas sendiri menyatakan tidak bersetuju tentang apa yang berlaku, tentang kepimpinan Pas. Ahli secara semula jadinya terhakis sokongan atau kepercayaan," katanya.


Tambah calon Naib Presiden KEADILAN itu lagi, Pas berkemungkina besar akan mengulangi nasib sama sebagaimana dalam PRU 1981 selepas kehilangan Kelantan parti itu hilang pengaruh di seluruh negara setelah ditendang dari Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional pada 1978.


"Saya yakin akan berlaku perubahan. Seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak kemungkinan besar Pas tidak akan dapat bertahan di mana mana negeri termasuklah Kedah


"Seperti apa yang berlaku selepas Pas menjadi kerajan pada 1974, selepas itu mereka kalah di semua negeri Semenanjung. Tiada satu negeri pun mereka bertahan dan mengambil masa 20 tahun lepas itu untuk kembali mendapat sokongan rakyat (di Kelantan dan Terengganu pada PRU 1999)," kata Azan lagi.


Senario kehilangan pengaruh Pas di Terengganu sejak kebelakangan ini diburukkan lagi dengan perisytiharan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali al Takiri yang meninggalkan parti baru baru ini.


Mantan pemimpin tinggi Dewan Ulama Pas itu didakwa meninggalkan parti kerana ditekan golongan pro Presiden Pas, Hj Hadi yang mahukan parti itu berada di dalam Perikatan Nasional, sedangkan Takiri mahu Pas bersama Muafakat Nasional.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page