top of page

PRU 15: Orang muda jangan undi ikut arus, fikir dulu dasar, kemampuan parti bertanding



Pilihan Raya Umum ke 15 akan menyaksikan pengundi muda 18 tahun dan yang berumur sehingga 21 berjumlah 5 juta menjadi penentu pihak mana yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan.


Oleh itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Adam Adli Abdul Halim berkata, pengundi muda perlulah lebih kritikal kerana di tangan mereka negara akan ditentukan maju mundur atau bersih korupnya pemerintahan.


"Dalam keadaan hari ini kita tahu setiap pelusuk masyarakat perlu terlibat dalam pembuat keputusan, sebab itu orang muda dilibatkan dalam politik.


"Kita berhadapan dengan keadaan politik yang mana orang muda buat keputusan penting, yang bukan hanya tentukan masib mereka tetapi nasib negara keseluruhan


"Kalau orang muda ada banyak perkara diimpikan. Tamat persekolahan umur 18 tahun, dia ada cita cita, keinginan, kemahuan dan masa hadapan yang dia fikirkan.


"Sayang sekali semua cita cita harapan dan masa depan orang muda ini tak terlaksana kalau sistem keseluruhan negara ini tidak memberi ruang kepada orang muda memenuhi potensi mereka," katanya.


Adam mengajak pengundi muda melihat Kerajaan Negeri PH yang berjaya di Selangor dan Pulau Pinang. Katanya di kedua negeri itu anak muda paling banyak mendapat peluang membina kerjaya atau berinovasi.


Katanya, kemajuan kedua negeri terbabit menjadi tempat anak muda membina kehidupan adalah kerana kerajaan PH mempunyai dasar terbaik, bukan setakat 5 tahun penggal pilihan raya tetapi sehingga berbelas belas belas tahun.


"Ini pentingnya orang muda ambil tahu tetang politik. Orang kata malas nak ambil tahu, nak fikir. Kamu tidak perlu fikir tetapi politik akan fikirkan kamu, di mana nak tipu, mana nak manipulasi. Politik yang tidak baik.


"Jadi, kalau nak mengundi dalam pilihan raya kali ini jangan tengok selera tetapi kena tahu apa dasar sesebuah parti politik. PH tidak bergantung semata mata janji 5 tahun pilihan raya. Dasar di negeri PH bukan dibuat 5 tahun pilihan raya tetapi dasar kukuh yang diperjuangkan oleh parti politik PH," katanya.


Oleh itu, kata Adam, anak muda pada PRU 15 perlu memilih kerajaan yang memperjuangkan reformasi politik jangka panjang yang bakal memberi kemakmuran kepada generasi masa hadapan dan pada masa tua mereka kelak.


"Ini pentingnya reformasi institusi. Hari ini bising barang mahal, kerja tak dapat, berapa ramai ada pengalaman peribadi nak masuk belajar perlukan wang banyak?


"Mereka perlu sedar negara ini subur tetapi semua orang tahu negara ini kaut semua kekayaan hanya untuk elit penguasa. Itu sebab kita kena ubah sistem. Jangan ada sistem orang kaya saja dapat kekayaan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page