top of page

PRU 15: Kerjasama PN lakonan, Umno sukar beri kerusi kepada Bersatu



Spekulasi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang bertiup kencang apabila Perikatan Nasional (PN) hanya mendapat majoriti tipis dalam undi menukar Speaker Parlimen Tan Sri Mohamad Ariff Yusof pada 13 Julai lalu.


Berikutan itu, teori bahawa Umno/BN tidak akan membenarkan tuntutan Bersatu untuk bertanding 50 kerusi Parlimen atau malah meninggalkan PN dan hanya bersama gabungan Muafakat Nasional memasukki PRU menjadi bualan hangat para penganalisis politik.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu, Azan Ismail, Umno tidak akan sanggup melepaskan kerusi yang dimenangi mereka dalam PRU 14 lalu. Begitu juga kerusi tradisi yang sering dimenangi parti itu sebelumnya.


Menurut Azan, ulasan beberapa pemimpin parti berkenaan seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang bertegas akan mempertahankan semua kerusi dan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Bersatu, bekas Umno bertanding di Parlimen Mersing menyerlahkan pendirian keras parti berkenaan.


"Kenyataan-kenyataan itu dibuat oleh orang yang pegang jawatan rasmi dalam parti. Apabila mereka buat kenyataan bahawa Umno sebagai parti politik tak terima pengkhianat maka itu adalah realitinya.


"Semua ahli Bersatu adalah serpihan Umno. Ahli bersatu baik baru atau lama dilabelkan pengkhianat. Memang munasabah dan logik jika Umno tidak terima Bersatu ini sebagai rakan kongsi mahupun membahagi-bahagi kerusi dengan parti itu.


"Ini tradisi yang kita dah tahu. Apabila sesebuah parti ada serpihan maka serpihan itu tidak boleh diterima walaupun sekarang Umno bergabung di bawah pentadbiran Muhyiddin. Gabungan itu, sebaliknya hanyalah lakonan semata-mata," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Azan tidak menolak teori bahawa kenyataan bersama Umno, Pas dan lain-lain parti menyokong kepimpinan Muhyiddin baru-baru ini hanyalah lakonan semata-mata bagi memberi kelebihan kepada Umno untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. Namun kata Azan, kerjasama palsu itu tidak akan berlarutan sehingga selepas pembubaran Parlimen.


Pemimpin Bersatu, katanya, sedang ditipu hidup-hidup oleh Umno dalam hal gabungan politik jangka panjang.


"Kerjasama di Parlimen sokong Muhyiddin boleh kita anggap sebagai satu gabungan palsu dan ada muslihat terselindung. Umno ambil kesempatan jadi kerajaan elak pimpinan mereka dihukum (di mahkamah). Kalau berterusan jadi pembangkang mereka takut satu demi satu diambil tindakan.


"Oleh itu mereka bertahan dengan satu 'silap mata', menyokong Bersatu berpaksikan sentimen kerajaan Melayu-Islam. Sokongan ini hanyalah untuk tujuan ambil alih kerajaan, bermotifkan hajat sulit masing-masing, bukan untuk tujuan lain," kata Azan lagi.


Untuk rekod, pemimpin tinggi Umno seperti Puad Zakarshi, Khaled Nordin dan lain-lain sering kali mengkritik kerjasama antara parti itu dan Bersatu, terutama mengenai pembahagian kerusi dan calon Perdana Menteri selepas PRU 15.


Bagi Umno/BN mereka boleh menang PRU 15 secara bersendirian sekiranya diberi sehingga 120 kerusi. Sekiranya Bersatu diberi 50 kerusi, kata pemimpin Umno, maka BN akan menjadi lemah dan tidak mampu membuat keputusan sendiri atau mengikut jejak Pakatan Harapan akan tumbang di separuh jalan apabila ditinggalkan sekutu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page