Proses vaksinasi di Pahang antara yang terendah, ramai tidak hadir temu janji


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyeru warga Pahang tidak lari daripada mengambil suntikan Covid-19.


Beliau berkata, Pahang antara negeri yang dilaporkan jumlah kumulatif pendaftaran vaksin yang terendah.


"Kemudian satu lagi laporan menunjukkan Pahang juga negeri antara yang teramai tidak hadir di Pusat Penerimaan Vaksin setelah di berikan temujanji untuk vaksin.


"Ini sebenarnya meletakkan kita warga Pahang di kedudukan yang tidak selamat dan berisiko," katanya.


Justeru, beliau berharap penduduk negeri Pahang segera mengambil vaksin.


"Saya seru supaya kita segerakan pengambilan vaksin. Daftarlah dan jangan tolak apabila diberikan temujanji," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER