top of page

Proses Pelantikan Speaker Tempang, Demokrasi Tergugat - PH


Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal terhadap proses pengguguran Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ariff Mohd Yusof.


Malah, PH menganggap peristiwa tersebut menjadikan Malaysia negara pertama dalam sejarah di kalangan negara-negara Komanwel untuk menggugurkan seorang Yang di-Pertua sebegitu rupa.


"Ini bukanlah satu duluan (precedent) yang membanggakan, lebih-lebih lagi apabila prosesnya tempang sedemikian rupa," menurut kenyataan rasmi hari ini.


PH juga berpandangan pihak pembangkang tidak diberikan masa yang mencukupi bagi memberi hujah terhadap usul yang penting seperti pertukaran speaker.


"Kami berasa kesal dengan perbahasan usul tersebut, di mana hanya empat orang pembahas dibenarkan berbahas dengan masa hanya 10 minit seorang.


"Bagi suatu usul yang bersejarah seperti ini, seharusnya lebih banyak masa diperuntukkan bagi mendengar sepenuhnya hujah kedua-dua belah pihak," katanya.


Pada masa sama, PH menganggap mereka tidak diberikan peluang untuk menamakan calon pilihan mereka.


"Selepas usul mengosongkan jawatan Yang di-Pertua, usul menamakan seorang Yang di-Pertua baharu juga menampakkan sikap Kerajaan yang seharusnya lebih

demokratik.


"Hujah Pembangkang agar masa 14 hari diberikan untuk menamakan calon tidak diendahkan. Malah calon Yang di-Pertua juga tidak dipersetujui secara undian di dalam Dewan," katanya.


PH juga meluahkan rasa kesal apabila Parlimen kini tidak lagi bebas daripada kuasa luar.


"PH amat kesal dengan sikap Kerajaan hari ini yang kelihatan mahu meletakkan Parlimen di bawah telunjuk eksekutif Parlimen sebagai badan perundangan (legislatif) wajib bebas dari sebarang unsur kawalan dari luar.


"Jika Parlimen dikawal pihak eksekutif, maka demokrasi negara dalam keadaan yang amat tergugat.


"Kejadian semalam yang merupakan titik hitam buat demokrasi di Malaysia mengukuhkan iltizam PH untuk memastikan mandat rakyat dikembalikan ke tempatnya," katanya.


Kenyataan PH itu merupakan kenyataan bersama oleh Saifuddin Nasution Ismail selaku wakil KEADILAN, Datuk Wira Dr Hatta Ramli selaku wakil Parti Amanah Negara dan Anthony Loke Siew Fook selaku wakil DAP.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page