top of page

Proses pelantikan Ketua Hakim Negara perlu dihormati - Faizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 17
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Semua pihak khususnya pemimpin politik digesa agar menghormati proses pelantikan Ketua Hakim Negara yang sedang berjalan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.


Naib Ketua Cabang KEADILAN Kuala Langat, Datin Faizah Ariffin (gambar) melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan terbuka Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail sebelum ini yang dakwanya bersikap mendesak dalam isu pelantikan tertinggi dalam institusi kehakiman negara.


"Sebagai Ahli Parlimen dari blok kerajaan, beliau sepatutnya lebih arif bahawa perkara ini tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa hanya kerana tekanan politik atau persepsi luar


"Sebarang pelantikan memerlukan penelitian mendalam, saringan telus serta pertimbangan perundangan yang sewajarnya," ujar Faizah menerusi satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama beliau turut menegur Rodziah dengan menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang mahu dilihat vokal boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses perlantikan yang sedang berjalan, sekaligus membuka ruang kepada persepsi tidak sihat terhadap kerajaan.

"KEADILAN sejak dahulu memperjuangkan reformasi institusi dan prinsip pengasingan kuasa. Maka kita mesti menjadi contoh terbaik dalam menghormati peranan institusi kehakiman dan tidak mencampuri urusan yang di luar bidang kuasa ahli parlimen.

"Apa yang rakyat perlukan ialah pemimpin yang matang, rasional dan bertanggungjawab. Hormatilah proses — kerana kestabilan negara dibina atas asas undang-undang dan bukan desakan politik emosi," tegas beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page