top of page

Projek tanaman halia Madani wadah tingkat pendapatan warga desa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 25, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Datuk Peto Galim optimis program Penanaman Halia MADANI akan menemui kejayaan di kawasan pedalaman untuk menjadi salah satu wadah menambah pendapatan warga desa.


Beliau berkata, Kementerian Pertanian Sabah akan membantu daripada segi khidmat nasihat dan keperluan usahawan Halia MADANI tersebut.


Peto yang juga pembantu kepada Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, pihaknya turut komited membantu Kerajaan MADANI untuk menoktahkan miskin tegar di kawasan pedalaman Sabah.


"Saya turut mengambil maklum berkaitan permohonan Lesen Nelayan Darat melalui Jabatan Perikanan Nabawan Sabah," katanya dalam satu kenyataan.


ree
Ladang halia bakal menjadi projek menambah pendapatan penduduk desa di Sabah

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan bersama usahawan Halia MADANI di Kampung Saupi, Nabawan, Sabah dalam program yang dianjurkan oleh Ketua Ranting Parti KEADILAN di kampung berkenaan.


Susulan program kemasyarakatan bersifat santai itu, Peto merakamkan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM) serta penganjur.


Turut hadir adalah Pegawai Jabatan Pertanian Daerah Nabawan dan wakil Pegawai Perikanan daerah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page