top of page

Projek Semantan Elevated Highway menyukarkan pergerakan penduduk, tidak dipantau DBKL?



Projek pembinaan Semantan Elevated Highway dipersoalkan oleh penduduk sekitar kawasan Damansara kerana menyukarkan kehidupan mereka akibat penutupan laluan sehingga berbulan bulan lamanya.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mengadakan sidang media bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh semalam, laluan di tapak pembinaan lebuh raya itu juga membahayakan pemandu kerana kurang dipantau oleh pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


"Projek Elevated Highway ini YB Hannah dan saya telah membantahnya sejak permulaan lagi.


"Malah sebelum saya jadi Ahli Parlimen, saya mendengar projek ini jumlah yang terlibat (nilai tender) tidak masuk akal.


"Bila projek bermula, ada satu malam bila saya memandu sekitar pukul 9 keluar dari jalan Semantan tiba tiba sempadan jalan telah masuk ke tengah lajur jalan (makan jalan).


"Siapa yang memantau tapak projek ini?


"Kalau saya tak nampak itu (sempadan baru), saya yang memandu bersama anak dan isteri, kami akan hadapi kemalangan," katanya.

Fahmi bersama penduduk setempat dalam sidang media

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu lagi, banyak Menteri dan Ahli Parlimen yang mempunyai rumah di Damansara Height, dan mereka sepatutnya membangkitkan juga hal berkenaan kepada DBKL.


Katanya, biar pun projek itu di luar kawasan parlimen beliau tetapi penduduk dalam parlimen Lembah Pantai menggunakan jalan tersebut untuk pergi dan pulang bekerja.


Fahmi juga kurang senang dengan laluan jalan yang berpusing pusing di situ dan bertanya adakah itu laluan kekal. Juga adakah ia telah dirancang sebaik baiknya.


"Jalan yang berpusing pusing, saya tak tahu sama ada mereka telah merancangnya secara betul betul teratur


"Bila waktu pagi, kesesakan lalu lintas begitu teruk, pada waktu petang kesesakan sepanjang perjalanan pulang.


"Sesuatu perlu diterangkan kepada penduduk, kepada Ahli Parlimen, bagaimana mereka menguruskan pembinaan ini," katanya.


Fahmi juga menyentuh persoalan mengenai projek lebuhraya itu yang menelan kos RM100 juta dan telah dibuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak beberapa tahun lalu, namun tiada status terbaharu siasatan mengenainya.


"Beberapa tahun lalu kami telah mempuat laporan SPRM mengenai projek ini tetapi sehingga sekarang kita tidak dapat apa apa respons dari SPRM sama ada mereka akan meneruskan siasatan.


"Projek ini menggunakan dana awam, sama ada ia dilakukan mengikut peraturan atau tidak. Harap dapat maklum balas dari SPRM kerana kami tidak dapat makluman daripada mereka," katanya lagi.




0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page