top of page

'Projek sakit' paip gas Sabah diteruskan, SPRM perlu siasat

Updated: Oct 24, 2021



Pakatan Harapan (PH) mahu kerajaan Perikatan Nasional menjelaskan keputusan meneruskan projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) yang telah dibatalkan oleh kerajaan PH pada tahun 2018.


Majlis Presiden PH berpendapat menghidupkan semula 'projek sakit' berkenaan tidak wajar dilakukan, apatah lagi tanpa mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urusniaga meragukan sewaktu era kerajaan BN.


"Majlis Presiden PH amat terkejut dengan keputusan Kerajaan menghidupkan semula projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP), seperti yang dijawab Menteri Kewangan di Parlimen baru-baru ini.


"Bayaran telah dibuat ke atas kedua-dua projek TSGP dan Multi-Product Pipeline (MPP) yang diluluskan zaman BN sebanyak 88% daripada nilai pembinaan atau RM8.3 bilion, walaupun kemajuan kerja yang belum diaudit hanya 13% setakat Mei 2018.


"Nilai pembinaan keseluruhan TSGP dan MPP ialah RM9.4 bilion tanpa mengambilkira kos tambahan pelbagai pengurusan pakar dan pengambilan tanah sebanyak RM1.7 bilion.


"Oleh itu, SPRM wajib menyiasat sepenuhnya mengapa projek TSGP dan MPP yang telah gagal ini dimulakan semula pada 10 Februari 2021 oleh Perikatan Nasional di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin," kata kenyataan itu.


Menurut Majlis Presiden lagi, SPRM perlu segera menyiasat skandal-skandal besar seperti projek paip gas tersebut dan apakah ianya termasuk dalam rantaian pengaliran wang keluar dalam pendedahan Pandora Papers baru-baru ini.


"Kami turut menggesa SPRM untuk melipat gandakan usaha menyiasat isu Pandora Papers yang telah menamakan sejumlah tokoh korporat dan ahli politik yang didakwa memiliki akaun-akaun luar pesisir (off-shore accounts), dan sama ada duit yang disimpan di dalam akaun-akaun ini berasal dari sumber yang sah atau dari kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang.


"Adalah mendukacitakan jika SPRM tiada keupayaan memperoleh maklumat khusus dan perlu bertanyakan Ketua Pembangkang tentang Pandora Papers sungguhpun beliau tidak memiliki sumber-sumber seperti yang dipunyai SPRM dan juga tiada kepakaran siasatan khas berkait isu ini," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page