top of page

Projek RM50 juta: Pemimpin Sabah ucap penghargaan kepada PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 5, 2023
  • 1 min read


Pengumuman Putrajaya membenarkan Sabah dan Sarawak menentukan pelaksanaan projek prasarana di bawah nilai RM50 juta diterima baik pemimpin politik di Sabah.


Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pengumuman Perdana Menteri itu merupakan satu lagi berita baik buat negeri tersebut yang menyusul selepas penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas pada 21 Dis lalu.


"Seiring semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ini sudah tentu satu berita yang baik.


"Ini akan membantu serta memudahkan lagi kelulusan dan pelaksanaan projek yang sebelum ini kerap terhalang oleh kerenah birokrasi.


"Atas semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ini sudah pasti satu berita baik," katanya dalam kenyataan.


Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri semalam berkata, pemberian kuasa itu bagi memastikan keputusan segera dapat dibuat tanpa perlu kata putus di peringkat Persekutuan.


Jelasnya, walaupun Sabah dan Sarawak mempunyai Jabatan Kerja Raya sendiri, banyak keputusan perlu dimuktamadkan di Putrajaya sehingga menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan beberapa projek di kedua dua negeri berkenaan


Sementara itu, Menteri Kerja Raya Sabah, Bung Moktar Radin menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai langkah positif yang akan membantu mempercepatkan program pembangunan Sabah.


"Saya amat mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa kepada kerajaan negeri Sabah menentukan program pembangunan bagi projek bernilai sehingga RM50 juta.


"Ia menunjukkan Perdana Menteri memahami kehendak rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan lain.


Presiden Warisan, Shafie Apdal juga mengalu-alukan pengumuman berhubung dasar tersebut.


"Warisan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan perdana menteri terhadap impian penduduk Sabah yang sudah lama ingin melihat MA63 dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Samporna itu.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page