top of page

Projek RM50 juta boleh diluluskan tanpa melalui Putrajaya



Perjanjian Malaysia 1963 dimantapkan lagi pelaksanaannya dengan memudahkan kelulusan peruntukan pembangunan di Malaysia Timur tanpa perlu diputuskan di Putrajaya.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat beberapa perkara yang tertangguh sejak pindaan Perlembagaan memberi lebih banyak kuasa kepada Sabah dan Sarawak pada 2021 lalu.


"Ada beberapa perkara tertangguh, umpamanya keputusan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek, walaupun ada JKR Sabah dan Sarawak tetapi kata putus terlalu banyak di Putrajaya.


"Walau peruntukan besar diberi tetapi peruntukan tidak dapat dipenuhi kerana kerenah pentadbiran mengikut peraturan biasa yang terpaksa merujuk Persekutuan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada tengah hari tadi.


Sehubungan itu, kata Anwar, Jemaah Menteri telah memutuskan projek yang bernilai di bawah RM50 juta boleh diputuskan secara terus di peringkat Sabah dan Sarawak untuk memudahkan pelaksanaannya.


"Kita putuskan dan Kementerian Kewangan bersetuju mana mana projek di bawah RM50 juta diserahkan hampir sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak melaksanakan dengan mematuhi peraturan kewangan, tetapi keputusan dibuat di Kuching atau Kota Kinabalu tanpa dilengahkan kerana tunduk kepada peraturan lama," katanya lagi.


Selain itu, katanya atas kepentingan memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak, Kerajaan juga telah memutuskan agar diteruskan dan disegerakan pelaksanaan Projek Sarawak – Sabah Link Road (SSLR), Lebuhraya Trans Borneo serta melengkapkan Projek Pan Borneo Sabah.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page