top of page

Projek rintis beli minyak guna I/C, e-dompet telah dilaksana



Oleh: Akmal Manaf


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tampil menepis dakwaan pihak pembangkang kononnya kerajaan mengamalkan pendekatan 'umum dahulu, kaji kemudian' berkaitan mekanisme penyasaran subsidi bahan api petrol RON95.


Beliau berkata, projek rintis telah dilaksanakan antara 2022 dan 2023 melibatkan penggunaan kad (I/C) pengenalan dan juga e-dompet di stesen minyak terpilih.


''Jadi ianya telah pun diuji. Dari segi pengesahan kelayakan di peringkat belakang (backhand), Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah beroperasi dan mula digunakan untuk beberapa kes.


''Semasa kajian separuh penggal dibentangkan di dewan ini pada September tahun lalu, kerajaan telah meletakkan penyasaran semula subsidi adalah asas utama reformasi dan pembaharuan ekonomi untuk mengukuhkan fiskal kerajaan.


''Cuma kita buat secara berfasa bermula dengan diesel, kemudian RON95, kecuali Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak baca pun kajian separuh penggal yang dibentangkan itu.


''Yang kata umum dahulu tapi tak kaji sebenarnya hanya pembangkang,'' bidas beliau di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang bertanya sama ada sistem harga dua peringkat telah dikaji atau terdapat model untuk menyasarkan subsidi petrol dari negara lain yang dianggap terbaik, dan sama ada model itu telah diuji sebelum diumumkan.


Abdul Latiff berkata, hal itu kerana kerajaan sering mengumumkan sesuatu perkara terlebih dahulu dan menjalankan kajian kemudian, terutamanya apabila proses itu melibatkan pelbagai agensi dan kementerian.


Mengulas lanjut, Rafizi menyifatkan negara lain tidak mempunyai sistem subsidi minyak yang begitu meluas seperti Malaysia.


Di rantau Asia Tenggara katanya, tidak ada lagi negara kecuali Brunei yang memberikan subsidi sebegitu banyak kepada semua orang.


"Memang hampir semua negara di dunia ini telah beralih kepada harga pasaran. Kalau kita (Malaysia) nak dijadikan sebagai rujukan, memang kitalah rujukannya," ujar Rafizi lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page