Projek pembangunan Persekutuan - Sabah dipantau pastikan kelancaran
- Suara Keadilan

- Dec 7
- 1 min read

Semua projek pembangunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di Sabah akan dipantau secara bulanan bermula Januari depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemantauan akan dilaksana unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama pegawai pembangunan Persekutuan dan negeri bagi memastikan projek berjalan lancar tanpa kelewatan.
Langkah itu juga bagi memastikan segala peruntukan yang telah disalurkan benar-benar diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan di peringkat akar umbi.
"Kita akan pantau setiap bulan. Kalau projek sudah ada, kita hendak tahu mengapa lambat dan apa yang perlu disegerakan.
"Tidak boleh lagi ada penangguhan yang tidak munasabah," katanya dipetik pada ucapan di Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Negeri Sabah di Pusat Konvonsyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.
Acara itu dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Datuk Seri Masidi Manjun dan Datuk Ewon Benedick.
Perdana Menteri sementara itu mengakui sering berlaku kelewata projek-projek asas termasuk bekalan air, elektrik, jalan raya dan kemudahan awam di Sabah.walaupun peruntukan telah diluluskan, sekali gus menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kecekapan kerajaan.
Justeru kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah amat penting bagi memastikan segala urusan kelulusan, tapak projek dan pelaksanaan dapat dipercepatkan.
"Rakyat tidak mahu dengar soal prosedur semata-mata. Mereka mahu hasil. Sebab itu kita buat pemantauan berkala supaya semua pegawai bertanggungjawab terhadap jadual dan prestasi projek," tambahnya.









Comments