top of page

Projek kerajaan diluluskan sejak 2011, tapi sampai sekarang tidak siap


Sebuah projek jalan perhubungan desa bagi membina laluan pejalan kaki di Kampung Sg. Dalam B, Lambir di Sibuti, Sarawak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah didapati telah mendapat kelulusan peruntukan sejak 2011, namun malangnya sehingga ke hari ini ia masih belum siap.


Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Zulhaidah Suboh mendedahkan, papan tanda projek tersebut sudah pun terpacak di tapak sejak 10 tahun lalu, tetapi tidak ada sebarang perkembangan atau tanda-tanda projek itu sudah diselesaikan.


"Merujuk kepada papan tanda projek tersebut sudah terpacak lebih kurang 10 tahun di Kampung Sungai Dalam B dan merupakan antara salah satu dalam kategori banyak Projek Sakit di bawah kementerian sejak tahun 2011.


"Bukan sahaja telah mengalami kelewatan tetapi memang gagal dalam pelaksanaannya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini bukan projek naik taraf atau projek menggantikan laluan yang telah rosak tetapi projek bina baharu laluan.


"Isu ini pernah dibangkitkan oleh pihak kami tetapi tiada perhatian dan tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab.


"Setiap projek telah dibentangkan kertas kerja dan mempunyai peruntukan setelah mendapat kelulusan tetapi malangnya sehingga kini masih senyap dan penduduk Kampung Sg. Dalam terpaksa mengguna laluan usang yang berisiko tinggi terutamanya kepada warga emas, OKU, kanak-kanak dan khususnya penduduk kampung keseluruhannya," katanya dalam kenyataan.


Justeru, beliau menggesa kerajaan supaya menyemak semula peruntukan 'Projek Sakit' ini yang lebih 10 tahun mendapat kelulusan tetapi secara keseluruhannya gagal menjalankan pelaksaannya di lapangan.


"Adalah wajar perkara ini diambil serius apabila ianya melibat dana negara dan mengabaikan kebajikan serta keselamatan penduduk kampung yang sepatutnya sudah dinikmati kini.


"Saya mendesak pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menyiapkan Projek Sakit di Kampung Sg Dalam B dengan kadar segera kerana kita tidak mahu projek yang mendapat kelulusan diabaikan selama satu dekad," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page