top of page

Program vaksinasi di Wangsa Maju fokus penduduk belum disuntik vaksin



Rakyat yang tercicir atau masih lagi belum mendapat suntikan vaksin Covid 19 di Parlimen Wangsa Maju memperolehi kesempatan menyempurnakan vaksinasi mereka baru-baru ini.


Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai berkata, program yang dijalankan di Kampung Padang Balang dan Flat Danau Kota itu mendapat sambutan menggalakkan dari warga setempat.


Menurut Andre, beberapa alasan dikemukakan oleh sebilangan penduduk berikutan kelewatan mereka mendapatkan vaksin. Antaranya, kata beliau, adalah masalah berkaitan aplikasi MySejahtera.


"Tinjauan mendapati banyak individu gagal mengemaskini maklumat dalam aplikasi berkenaan yang kemudian menyebabkan masalah-masalah seperti maklumat tidak selaras dengan pendaftaran melalui web, tidak mengemaskini aplikasi walaupun sudah mendapat dos pertama dan beberapa masalah lain," katanya.


Selain itu, terdapat juga masalah disiplin penerima yang sengaja tidak hadir temujanji dan tidak mengemaskini temujanji tarikh baharu. Ada juga penduduk yang berputus asa mendapatkan temujanji setelah menunggu sekian lama melalui permohonan dalam aplikasi.


"Masih ramai yang tidak tampil walaupun sudah mendaftar, terutamanya warga asing. Mereka (warga asing) tinggal bersama kita, ada yang merupakan jiran kita sendiri di Wangsa Maju, sudah pasti keberadaan mereka amat penting dalam kita mencapai imunisasi kelompok," katanya.


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew yang turut melawat program vaksinasi tersebut berkata proses tersebut boleh dilanjutkan ke kawasan-kawasan lain di Parlimen berkenaan.


"Saya lihat program ini dijalankan dengan baik, kerjasama daripada semua pihak amat baik dan saya berharap program ini dianjurkan ke kawasan-kawasan lain seperti Teratai Mewah, Setapak Indah Jaya, Kg Puah, Seksyen 1, Seksyen 2 Wangsa Maju.


"Lebih ramai yang divaksin lebih cepat kita keluar daripada pandemik ini,” kata Dr Tan yang melawat lokasi kedua-dua program berkenaan.


Dr Tan turut berpendapat program seumpama itu jika diadakan di kawasan atau lokasi tempatan seperti surau dan sekolah lebih berkesan berbanding PPV Mega kerana ia memberi kesedaran dan akses mudah kepada penduduk.


Program pemberian vaksin tersebut dianjurkan Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa dan Pejabat Kesihatan Daerah Kepong dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju dan Persatuan Penduduk Flat Danau Kota, AJK Surau Al-Ehsaniah Flat Danau Kota, Kawasan Rukun Tetangga (RT) Flat Danau Kota serta AJK Masjid Saidina Ali, Kg Padang Balang.


Sejumlah hampir 400 penduduk selesai divaksin dan turut melibatkan warga asing serta individu yang tampil sendiri pada hari program.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page