Program Sinar Kasih Wanita semarakkan sambutan Deepavali di Asahan
- Suara Keadilan

- Oct 15
- 1 min read

Sambutan Program Sinar Kasih Wanita Deepavali 2025 yang dianjurkan oleh Ranting Ladang Asahan, Wanita KEADILAN Cabang Alor Gajah dan Persatuan Integriti Masyarakat India Melaka berlangsung meriah di Balai Raya Asahan, baru baru ini.
Program penuh warna-warni itu diraikan bersama masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti sempena sambutan perayaan Deepavali yang bakal tiba.
Menurut satu kenyataan, majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Ginie Lim, Exco Wanita KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.
"Program ini bukan sahaja mempamerkan semangat sambutan Deepavali dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa, tetapi juga menjadi simbol keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat," kata kenyataan itu.

Pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan melukis dan menghias kolam serta aktiviti henna. Selain itu, sumbangan kit makanan turut diserahkan kepada wanita setempat sebagai tanda penghargaan dan persiapan menjelang perayaan.
"Terima kasih kepada semua tetamu, peserta, serta para penyumbang yang membantu melancarkan program ini. Penghargaan juga diberikan kepada barisan Ranting Ladang Asahan yang diketuai oleh Sdr. Sree selaku pengarah program," kata kenyataan itu lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Ketua Cabang (NKC) Sdr. Samivel, Timbalan Ketua Wanita Cabang (TKWC) Sdri. Alia Nafida, AJK Wanita Cabang KEADILAN Alor Gajah, wakil Ketua Wanita Cabang Pn. Rosita, serta Ketua-Ketua Ranting KEADILAN Alor Gajah bersama masyarakat setempat.









Comments