top of page

Program Penang Saring Covid-19 di DUN Batu Uban

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 20, 2021
  • 1 min read

Saringan percuma di bawah Program Penang Saring Covid-19 (PSC-19) berjaya dianjurkan di Kawasan DUN (Kadun) Batu Uban, semalam.


Menurut ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam, seramai 765 orang telah berjaya disaring iaitu sebanyak 76.5% daripada 1,000 kuota yang diberikan untuk setiap Kadun.


"Syabas saya ucapkan kepada mereka yang menyertai program PSC-19.


"Ada di kalangan masyarakat setempat juga bukan warganegara. Covid-19 tidak mengenali status warganegara, jantina, bangsa mahupun agama.


"Kita harus memutuskan rantaian Covid-19 dikalangan komuniti dan memastikan semua orang kekal sihat dan selamat," katanya.


Turut hadir dalam program itu Pengerusi PSC-19, Jagdeep Singh Deo, Dato Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP, Dr. Guna, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Tuan SI Mohamad, Ketua Balai Polis Sg Nibong.


Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua petugas sukarelawan daripada MPKK Sungai Dua, Pusat Khidmat Kadun Batu Uban, APM, Rela, petugas Kesihatan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page