top of page

Program Payung Rahmah: Pihak industri ikhlas menyumbang - Salahuddin



Pihak industri yang bergabung di bawah inisiatif Payung Rahmah membantu golongan memerlukan di negara ini tidak mengharapkan sebarang balasan daripada kerajaan pada masa ini.


Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan demikian pada sidang media pelancaran Jualan Rahmah gedung tekstil Sabella tengah hari ini di Ibu Pejabat Sabella, di Batu Caves, Selangor.


"Bila kita adakan libat urus pihak industri tidak minta apa apa. KPDN sangat menghargai. Mungkin mereka yang mahu sertai program Payung Rahmah ini dah ada untung sekian lama beroperasi, mereka nak kembalikan kepada rakyat.


"Syarikat besar ini ada CSR (Corporate Social Responsibility) mereka. Sebab itu bila kita lakukan libat urus tidak timbul langsung pemain industri yang demand kerajaan, apa kerajaan boleh buat (beri) kepada kami. Tidak ada persoalan itu," katanya.


Bagaimanapun menurut beliau, pihak KPDN akan mengadakan kajian selepas 6 bulan inisiatif itu berjalan.


Kajian itu juga, kata Salahuddin, akan melihat masa hadapan program tersebut dan apa yang boleh diperbaiki.


"Saya beritahu pihak kementerian apabila sampai 6 bulan kita akan membuat kajian impak. Kita nak tengok dari segi sustainable


"Kedua, barulah KPDN akan melaporkan kajian Payung Rahmah ini ke pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Barulah lepas 6 bulan itu kita lihat apakah kerajaan boleh bantu mereka. Mungkin dalam bajet tahun hadapan ada inisiatif, pemotongan cukai dan sebagainya oleh kerajaan," katanya.


Cuma dalam tempoh 3 bulan penganjuran Payung Rahmah itu, kata Salahuddin, pihak industri ada yang meminta KPDN menolong menyelesaikan beberapa isu berbangkit dan pihak kementerian telah membantu setakat yang termampu.


"Dalam masa 3 bulan ini ada pemain industri ada minta kita tolong, misalnya dibekalkan pekerja asing sebagai contoh. Itu kita mudahkan.


"Ada yang minta lesen, ada masalah permit, AP dan sebarang bentuk isu perniagaan melibatkan KPDN kita mudahkan. Kedai India muslim misalnya minta diberikan kelonggaran premis kediaman pekerja asing, atas bangunan kedai tak sesuai, itu kita bantu dari segi nasihat dan peraturan," katanya.


Salahuddin sebelum itu melancarkan Jualan Hari Raya Rahmah gedung tekstil terkenal Sabella yang menawarkan diskaun harga sehingga 70%.


Katanya sebagaimana Menu Rahmah, tiada golongan sasar tertentu yang boleh membeli harga diskaun tersebut. Bagaimanapun bagi golongan B40 jualan diskaun tersebut akan membantu mereka untuk persiapan hari raya.


"Jualan Rahmah ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Tetapi yang pastinya golongan yang memerlukan sangat gembira (apabila Sabella membuat jualan Rahmah).


"Rakyat seluruh negara mengenali nama besar Sabella dan saya melihat kualiti pakaian yang ditawarkan berpatutan. Saya lihat harga serendah RM8 dan diskaun sehingga 71%," katanya.


Pada peringkat permulaan, kata Salahuddin, Sabella menawarkan 700,000 pasang pakaian yang akan dijual mulai 23 Mac sehingga 20 April.


Rakyat berpeluang untuk membeli pakaian pada bulan Ramadan sehingga Syawal.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page