top of page

Penjawat awam perlu pantas, tonjol prestasi laksana dasar kerajaan



Perdana Menteri menggesa penjawat awam sentiasa mengamalkan kepesatan dalam melaksana tugas supaya dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan segera.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan di Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di Putrajaya pada Khamis berkata, penjawat awam tidak lagi boleh menggunakan cara lama dan perlu menonjolkan prestasi yang cemerlang supaya setiap dasar yang diumumkan berjalan dengan baik.


"Jadi apabila ada keputusan Jemaah Menteri disampaikan oleh KSN (Ketua Setiausaha Negara), KSU (Ketua Setiausaha), kalau kita guna cara lama, kita tak mungkin boleh berjaya, inilah sebabnya mengapa saya katakan, kepesatan dan kecepatan, kelulusan itu sangat mendesak," katanya dipetik.


Turut hadir pada sesi tersebut adalah KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden PPTD Datuk Seri Isham Ishak.


Sementara itu Anwar berkata, sekiranya merasakan keputusan yang diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri tidak bijak, penjawat awam perlu segera memberikan input.

"Mana-mana keputusan, kalau saudara merasakan ini keputusan Jemaah Menteri yang tidak bijak, jadi segera bagi input, tetapi apabila keputusan sudah dibuat penjawat awam mesti jalankan dasar yang dibuat, dan ini dasar baharu bukan sahaja bagi saudara, malah kepada saya juga," katanya.


Pada masa yang sama Anwar turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana mendapat kerjasama penuh kalangan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam melaksanakan urusan pentadbiran negara.


Anwar berkata antara langkah awal diambilnya semasa beliau memegang tampuk pemerintahan negara ialah memastikan sebaik sahaja Jemaah Menteri dipilih, lantikan setiausaha sulit kanan mesti dari kalangan PTD atau penjawat awam.


"Saya nak bagi signal jelas bahawa pentadbiran di bawah Anwar harus bermula dengan pendirian untuk bekerjasama dan sinergi dengan PTD," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page