top of page

Program MyPSV: Kerajaan bantu rakyat dapatkan lesen PSV percuma



Program MyPSV Peringkat Kebangsaan yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Madani untuk membantu rkayat mencipta peluang kerjaya sebagai pemandu kederaaan perdagangan.


Menurut Loke, inisiati itu bakal memanfaat seramai 4,000 orang penerima meliputi 3,500 orang untuk PSV (EHailing atau teksi) dan 500 orang untuk PSV (Bas) di seluruh negara.


"Peruntukan ini juga merangkumi kos ujian dan latihan kepada calon dengan kadar RM190 untuk setiap calon PSV E-hailing atau teksi manakala RM2,590 untuk setiap calon PSV Bas.


"Hari ini, saya akan melancarkan Program MyPSV Peringkat Kebangsaan, dan seterusnya akan menyampaikan kepada kumpulan pertama peserta bagi Program MyPSV, iaitu seramai 300 orang pemohon Lesen Vokasional PSV e-Hailing atau Teksi dan 50 orang pemohon Lesen Vokasional PSV Bas dari sekitar Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya di majlis pelancaran program tersebut di Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali, Hulu Selangor pagi tadi.


Antara peserta yang menyertai inisiatif MyPSV

Selain itu, kata Loke, selaras dengan penambahbaikan prosedur Lesen Vokasional terdiri daripada kategori PSV dan GDL oleh Kerajaan untuk memudahkan dan membantu rakyat Malaysia mendapatkan Lesen Vokasional, ujian teori bagi pengambilan Lesen Vokasional untuk kenderaan perkhidmatan awam (Public Service Vehicle – PSV) dan kenderaan barangan (Goods Driving License – GDL) telah dimansuhkan.


"Walau bagaimanapun, pemohon masih perlu menghadiri dan melengkapkan kelas teori sedia ada sebelum lesen terbabit dikeluarkan.


"Oleh itu, calon-calon di bawah Program MyPSV Bas perlu menduduki Kursus Teori Vokasional, Latihan dan Ujian Praktikal merangkumi litar dan jalan raya setara dengan ketetapan sedia ada. Manakala calon-calon di bawah Program MyPSV E-Hailing hanya perlu menduduki Kursus Teori E-Hailing.


"Penetapan kesemua modul kursus ujian dan latihan ini merupakan usaha berterusan MOT melalui JPJ untuk memastikan kesemua pemandu kenderaan perkhidmatan awam yang dihasilkan adalah betul-betul kompeten bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya," katanya lagi.


Loke juga mengalu alukan sesiapa yang mahu menyertai inisiatif berkenaan. Syarat-syarat kelayakan bagi mendapatkan Lesen Vokasional PSV di bawah Program MyPSV katanya, peserta mestilah Warganegara Malaysia; Berumur 21 tahun dan ke atas;Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A);Bebas senarai hitam (JPJ/PDRM/Mahkamah); Pemohon Lesen Vokasional PSV (E-hailing/Teksi) mestilah memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D; danPemohon bagi Lesen Vokasional PSV (Bas dengan BTM) melebihi 7,500 kilogram mestilah memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D (sekurang-kurangnya satu (1) tahun) atau CDL Kelas E.


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor Ng Sze Han dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page