top of page

Program MADANI Rakyat di 6 negeri, sampaikan pencapaian kerajaan



Program MADANI Rakyat akan diadakan di enam buah negeri pada skala yang bersesuaian tahun ini bagi menyebarkan maklumat mengenai inisiatif dan pencapaian kerajaan kepada orang ramai.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, program itu akan bermula di Zon Tengah melibatkan Selangor pada 23 hingga 25 Februari ini, diikuti Pulau Pinang (Zon Utara) pada 26 hingga 28 April manakala Zon Timur di Pahang (28-30 Jun).


Katanya, program Zon Selatan diadakan di Johor pada 25 hingga 27 Julai manakala Sabah (27-29 September) dan Sarawak (18-20 Oktober).


"Acara Program MADANI Rakyat lebih fokus kepada perkhidmatan yang boleh diberikan oleh agensi kerajaan termasuk pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).


"Turut disediakan perkhidmatan lain oleh agensi, jabatan dan kementerian untuk kita menyampaikan maklumat terkini, selain program dan dasar-dasar kepada masyarakat," ujar beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Putrajaya semalam.


Program MADANI Rakyat dianjurkan susulan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata program berkenaan tidak melibatkan kos yang tinggi kerana ia akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri selain kementerian terbabit.


Katanya penganjuran di Zon Tengah melibatkan kerajaan Selangor dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Zon Tengah (kerajaan Pulau Pinang dan Kementerian Pengangkutan), Zon Timur (kerajaan Pahang dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) dan Zon Selatan (kerajaan Johor dan Kementerian Ekonomi).


Sarawak pula katanya kerajaan negeri akan menjadi tuan rumah bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam manakala Sabah dihoskan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.


Dalam pada itu, ditanya mengenai pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang baharu, Fahmi berkata calonnya telah dimuktamadkan dan bakal diumumkan setelah selesai proses dokumentasi.


Bagaimanapun, jelas beliau perkara lebih utama ialah merombak struktur dan fungsi jabatan tersebut bagi diselaraskan dengan tindakan gerak kerja kerajaan.


"Yang lebih penting daripada pelantikan KP J-Kom seperti yang saya telah sebut sebelum ini adalah kita sedang dalam proses merombak struktur itu jadi saya rasa itu yang menjadi keutamaan kepada kementerian.


"Saya lihat jabatan ini perlu disuaimanfaatkan, diselaraskan semula beberapa tindakan gerakan kerja," katanya sambil mengakui ia turut akan melibatkan rombakan pegawai yang lain di jabatan itu.


Jawatan ketua pengarah jabatan itu kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff meletakkan jawatan berkuat kuasa 15 Disember lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page