Program Komuniti Sosial dan Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani bersama penduduk Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh, Pantai Merdeka semalam mendapat sambutan hangat daripada warga setempat.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Sambutan penduduk cukup menggalakkan khususnya dalam kalangan warga emas serta orang kelainan upaya (OKU)
"Mereka mengambil peluang untuk sama-sama melakukan pemeriksaan dan mendapatkan tips kesihatan daripada pegawai Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani, Dr Muhammed Taufiq.
"Selain itu, kaunter khidmat secara bersemuka turut dilakukan bagi menerima aduan secara langsung daripada masyarakat setempat. Aduan yang diterima diambil perhatian dan kami akan cuba bantu dengan sebaik mungkin," katanya.
Datuk Johari mengucapkan terima kasih kepada penduduk Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh, Pantai Merdeka yang memberikan kerjasama yang cukup baik menjayakan program berkenaan. Beliau berhasrat akan menganjurkan program seperti itu lagi pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Dr Muhammed Taufiq telah memberikan bantuan kepada seorang penduduk warga emas yang diserang penyakit sawan.
Beliau diberi rawatan segera sementara menunggu pihak paramedik dan ambulan tiba.
Datuk Johari yang turut berada di program berkenaan juga telah turut bertindak mengawal keadaan dan membantu urusan warga emas terbabit dan pasangannya bagi dapatkan rawatan selanjutnya di hospital.
Comments