top of page

Program kesedaran Palestin, kesihatan Ikram, NGO di Hulu Selangor dapat sambutan



Program anjuran NGO Ikram bersama Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu cawangan Bukit Beruntung (PPPKM) hujung minggu lalu berjaya menarik penyertaan masyarakat setempat menghadiri aktiviti riadah dan pemeriksaan kesihatan yang diadakan.


Menurut Pengerusi PPPKM Bukit Beruntung, Shaiful Anuar Sulaiman, penganjuran melibatkan dua lagi NGO, Geekoba dan Pertubuhan Gerak Ekonomi serta Perbadanan Menteri Besar Selangor itu selain memberi kesedaran mengenai penderitaan rakyat Palestin melalui acara Walk4Palestine, turut mempromosi gaya hidup sihat melibatkan acara kayuhan basikal sejauh 7 km.


"Lebih 100 peserta hadir dalam program itu. Turut diadakan adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak di mana 40 kanak-kanak telah menyertai pertandingan ini," katanya.


Kata Saiful, sesi Bicara Palestin menampilkan dua aktivis pejuang Palestin, Mustapa Mansor dan Fatin Syahirah dari pasukan Sukarelawan Gaza yang telah berkongsi maklumat terkini situasi di bumi para syuhada itu.


Bagi penduduk setempat, katanya, pameran dan pemeriksaan kesihatan diadakan dan dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai jualan di sekitar Tasik Widuri, kawasan pelancongan air hujung minggu.


Dalam pada itu, Pengerusi Tetap Ikram Hulu Selangor, Ramlee Mey berkata, program tersebut amat bermanfaat menjalin tali siraturrahim dalam kalangan masyarakat setempat.


Program yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari itu diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah oleh Datuk Seri Mahzlan Ghani.


Yang DiPertua Ikram Hulu Selangor, Haji Romzi Ishak pula mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page