top of page

Program induksi KEADILAN Kuantan perkukuh kefahaman perjuangan parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 2 min read

Peserta diberi taklimat bagi memperkukuh pemahaman mengenai perjuangan parti KEADILAN
Peserta diberi taklimat bagi memperkukuh pemahaman mengenai perjuangan parti KEADILAN

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kuantan terus memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi dengan menganjurkan Program Induksi Penerangan Parti khusus kepada anggota dan kepimpinan ranting baharu di Dewan Sri Teja, Pusat Kegiatan Wanita Cabang KEADILAN Kuantan, Bandar Putra.


Program anjuran Biro Keanggotaan Cabang dengan kerjasama Setiausaha Pengelola Cabang, Ahmad Fazdheim, bertujuan memberikan pendedahan kepada anggota baharu mengenai sejarah perjuangan, struktur organisasi serta peluang inisiatif dan geran kerajaan yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan komuniti.


Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, dalam ucapannya menegaskan pentingnya setiap anggota memahami asas perjuangan parti yang berteraskan keadilan, reformasi dan kesejahteraan rakyat.


Beliau mengupas 18 matlamat dan tujuan penubuhan parti sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan agar setiap anggota baru memahami roh perjuangan.


Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri, menekankan peranan besar sayap wanita dalam memperkukuh kedudukan parti di lapangan.


"Saya minta semua anggota wanita baharu supaya segera bergabung dengan ranting masing-masing dan bersama mengaktifkan serta mendapatkan anggota-anggota wanita baharu ke dalam parti," ujar beliau.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuantan, Hilmi Yakap, pula menyeru anak muda agar menjadi tenaga penggerak utama di peringkat komuniti dan organisasi belia.


Katanya, dengan bilangan ranting Cabang yang paling besar di negeri Pahang, kedudukan itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan kepimpinan AMK Kuantan bersedia membantu AMK Ranting di dalam melipatgandakan usaha berkenaan.


Program turut disertai taklimat mengenai Geran Projek Sejati Madani dan pelbagai inisiatif kementerian yang boleh dimanfaatkan oleh anggota parti.


Turut hadir, Naib Ketua Cabang Jeff Lee Chee Mun, Timbalan Ketua Wanita Cabang Rohaya Abu Bakar, Naib Ketua AMK Kuantan Urwah Sayuthi Razak, serta beberapa Ahli Jawatankuasa Cabang dan AMK termasuk Mohd Supian Abdul Wahid dan Ezikiel Yap Wein Fook.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page