top of page

PRN: Tiga perkara tentukan kemenangan Kerajaan Perpaduan Kedah

Updated: May 23, 2023



Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi kejayaan Kerajaan Perpaduan di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


Menurut Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar, semua pimpinan dan anggota parti komponen Perpaduan haruslah akur dengan perkara yang melibatkan strategi pilihanraya bersama tersebut.


"Saya bersetuju dengan Datuk Zahid Hamidi, tak usah fikir poster boy. Semua calon yang bertanding ini poster boy dari parti gabungan.


"Kemudian (setelah menang) serah kepada Sultan memanggil siapa angkat sumpah sebagai Menteri Besar.


"Kedua, bila keputusan nanti diputuskan di peringkat pusat tentang kedudukan kerusi yang ditandingi oleh parti parti yang ada di dalam Kerajaan Perpaduan, kita kena akur.


"Jangan bila parti hang pa bertanding, parti kami tidak sokong.


"Saya penuh yakin, semua mesti akur kepada keputusan yang dibuat nanti demi rakyat negeri Kedah," katanya.


Pemimpin Kerajaan perpaduan membaca ikrar bagi memastikan kerjasama padu menjelang PRN

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah turut menyeru agar pemimpin yang lebih senior melakukan perubahan minda dan meremajakan pemikiran mereka menghadapi golongan muda yang merupakan hampir separuh daripada pengundi baharu dalam PRN kali ini.


"Ketiga hubungan dalam kalangan semua. Golongan muda dan senior. Orang muda perlu mendewasakan pemikiran untuk melihat bukan hanya dalam segmen anak muda tetapi menyeluruh. Orang senior perlu meremajakan pemikirannya memahami denyut nadi orang muda.


"Mereka perlu meremajakan diri seiring dengan golongan muda yang menjadi sebahagian pengundi dalam negara kita. Ini kalau kita dapat lakukan, kita boleh bawa perubahan besar," katanya.


Bagaimanapun Mahfuz memberi amaran jentera Perpaduan Kedah perlulah menguasai media sosial sekiranya mahu menang.


Katanya, PN mempunyai gerak kerja yang sistematik menggunakan media sosial menukar pemikiran generasi muda dan senior menjadi lebih ekstrem dan mempercayai propaganda agama sempit serta perkauman yang tidak pernah dibawa oleh PH atau BN dalam agenda perjuangan mereka.


"Kita lihat bagaimana penggunaan media sosial yang begitu agreasif untuk menyebarkan fitnah dan propaganda yang mengadu domba dengan isu perkauman dan keagamaan sempit untuk menimbulkan politik kebencian. Ini cabaran kepada kita.


"Mesti kita agreasif kepada perlaksanaan media sosial. Kita juga harus ada cara bagaimana penggunaan media sosial kita itu mampu sampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat dan rakyat dari pelbagai peringkat umur serta latar belakang di negeri Kedah ini


"Saya percaya tugas kita untuk merawat pemikiran yang dirosakkan dalam PRU lalu. Rawatan itu telah berjalan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan tetapi kita mesti terus merawat supaya mereka bukan sahaja separuh sedar tetapi memiliki kesedaran yang tinggi tentang keperluan melakukan perobahan di negeri Kedah," katanya lagi.


Konvensyen itu tamat pada tengah hari dengan bacaan ikrar semua pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan Kedah untuk bersedia menghadapi cabaran pilihanraya secara bersama.


Majlis tersebut ditutup oleh seorang lagi Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Beliau membawakan keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa bersama di peringkat DUN bagi menyelaraskan gerak kerja pilihanraya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page