top of page

PRN: Strategi kempen akan diumumkan dalam masa terdekat



Strategi kempen dan soal persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bakal dibincangkan dalam Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato' Onn malam tadi berkata, semua parti dalam kerajaan akan memberi kerjasama untuk memenangkan calon dari parti parti gabungan.


"Walaupun ia banyak melibatkan BN dan PH, kita tetap undang parti-parti yang ada cawangan dan gerakan di Semenanjung.

"Pimpinan parti yang tidak bertanding akan terus beri kerjasama dan sokongan untuk tunjukkan kerjasama dan kesepaduan dalam Kerajaan Perpaduan.


"Rundingan ini diteruskan, dalam masa singkat wakil PH dan BN akan putuskan pembahagian kerusi, calon dan juga strategi kempen," katanya.


Anwar yang juga Pengerusi PH ketika ditanya apakah timbul pertikaian dalam proses rundingan kerusi berkata kedua-dua pihak tidak berdepan masalah berhubung pengagihan kerusi.


Malah jelasnya, beliau menyerahkan kebijaksanaan kepimpinan negeri untuk memulakan rundingan dan kemudian mengemukakan kepada pusat.


Pada masa sama, beliau menyatakan mesyuarat malam tadi juga menyentuh Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei ini yang akan memfokuskan nilai bersamaan dan usaha untuk memakmurkan negara.


Katanya, program sehari itu akan disertai semua pimpinan Kerajaan Perpaduan serta mengundang Parti Muda, Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page