PRN Sarawak: Boleh jadi calon umur 18, tetapi tidak boleh mengundi



Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dilaksanakan sebelum hujung tahun 2021 akan menjadi aneh apabila seseorang boleh menjadi calon pada umur 18 tetapi tidak layak mengundi.


Setiausaha Wanita KEADILAN Sarawak, Cherishe Ng berkata, PRN tersebut sengaja dilakukan secara terburu-buru bagi mengelakkan perintah Mahkamah Tinggi Kuching baru-baru ini yang mengarahkan kerajaan melaksanakan Undi 18 sebelum tahun akhir tahun.


"Beberapa Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah meminta pembangkang supaya tidak "mempolitikkan" isu Undi18, termasuk Menteri Undang-undang, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dengan alasan ia akan menyebabkan kekeliruan yang tidak perlu dan memberi maklumat salah kepada rakyat.


"Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seorang peguam, Wan Junaidi tidak seharusnya memandang rendah kepintaran golongan belia pada masa kini dan terlepas pandang keabnormalan undang-undang Perlembagaan Sarawak dengan tidak melaksanakan Undi18.


"Mengadakan pilihan raya sebelum Undi18 dilaksanakan akan membolehkan mereka yang berumur 18 tahun bertanding sebagai calon menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi tidak dibenarkan mengundi untuk pilihan raya," katanya sinis.


Menurut Cherishe, pindaan Perlembagaan Sarawak beberapa tahun lalu menyebabkan peraturan pilihan raya di negeri itu menjadi anomali yang membingungkan kerana membenarkan rakyat berumur 18 menjadi calon. Oleh itu, sewajarnya undang-undang diselaraskan, sekiranya boleh menjadi calon maka seseorang boleh mengundi untuk diri mereka sendiri.


"Ini berdasarkan pindaan Artikel 16 Perlembagaan Sarawak pada 2020 yang menurunkan umur kelayakan untuk (menjadi ahli) Dewan Undangan Negeri dan meluluskan rang undang-undang Undi 18 pada 2019.


"Ini bukan sahaja anomali undang-undang terbesar yang Menteri Undang-undang, Wan Junaidi mesti sedar, tetapi memalukan sistem perundangan kita.


"Menyeru pembangkang supaya tidak mempolitikkan pelaksanaan Undi18 bukan sahaja memandang rendah pengetahuan para belia tetapi membenarkan anomali undang-undang yang tidak masuk akal ini berlaku di Sarawak.


"Sebagai seorang belia, saya amat malu kerana kerajaan sedia ada membenarkan perkara ini berlaku kepada belia kita di Sarawak," katanya lagi.


PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembatalan darurat negeri itu pada awal November lalu.


Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya boleh menangguhkan PRN sehingga ke Januari 2022 bagi mengelakkan anomali undang-undang.


Namun itu akan memberikelebihan kepada 125,000 pengundi muda untuk membuang undi dan tidak memberi kelebihan kepada parti kerajaan sebelum ini mempertahankan kuasa.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER