top of page

PRN Sabah: PH perkukuh persiapan, fokus bentuk jentera mantap

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5
  • 1 min read

DS Saifuddin menghadiri Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI di Pangkalan Abai, Kota Belud
DS Saifuddin menghadiri Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI di Pangkalan Abai, Kota Belud

Pakatan Harapan (PH) kini giat memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.


Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat pimpinan gabungan itu yang diadakan di Kota Kinabalu baru-baru ini telah memberi tumpuan kepada tiga agenda utama, iaitu pembahagian kerusi, pengukuhan jentera pilihan raya serta penyediaan manifesto yang inklusif dan realistik.


"Mesyuarat mencapai kesepakatan agar rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen dilengkapkan mengikut garis masa yang telah dipersetujui bersama.


"Kita juga akan fokus kepada pembentukan jentera pilihan raya yang kuat dan mantap. Kerja-kerja ini mesti dimulakan sekarang, jika tunggu sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar, memang tidak sempat," kata Saifuddin dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI di Pangkalan Abai, Kota Belud semalam.


Sementara itu Saifuddin memaklumkan, mesyuarat tersebut dihadiri pemimpin utama PH Sabah termasuk Pengerusi PH Sabah, Datuk Ewon Benedick; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe; serta Pengerusi Amanah Sabah, Datuk Lahirul Latigu.


Mengulas perkembangan rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen, Saifuddin menyatakan beliau berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai setakat ini.


Untuk rekod, DUN Sabah dijadual terbubar secara automatik pada 11 November ini sekali gus membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page