top of page

PRN: Sabah perlukan kerajaan sehaluan Persekutuan - Penganalisis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
ree

Sabah memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan agar agenda pembangunan dapat dilaksana tanpa diganggu konflik dalaman atau pertukaran kepimpinan yang kerap.


Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kestabilan politik merupakan prasyarat utama bagi memastikan komunikasi dan penyaluran dana antara kerajaan Persekutuan dan negeri berjalan lancar.


"Sejarah menunjukkan ketidakstabilan Kerajaan Negeri terdahulu memperlahankan pembangunan Sabah sehingga negeri itu ketinggalan berbanding Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung. Banyak projek tertangguh, kelulusan belanjawan lewat, pelabur berwaspada dan pelaksanaan program rakyat terganggu.


"Kesinambungan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar diteruskan dan diperkukuh melalui kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Gandingan ini mampu membantu Sabah meningkatkan momentum pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dengan lebih agresif berbanding keadaan sekarang," katanya dipetik Sinar Harian.


Mengulas lanjut beliau berkata, sebaik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tampuk kepimpinan negara, komunikasi Persekutuan–Sabah menjadi lebih baik dan kembali kukuh.


Perkembangan itu sekaligus mendorong pelbagai perubahan positif kepada pembangunan negeri antaranya menerusi pemberian peruntukan tahunan yang lebih banyak kepada Sabah.

"(Justeru), kestabilan politik selepas PRN pada 29 November nanti lebih penting berbanding sebelumnya. Apabila kerajaan negeri kukuh dan dasar tidak berubah-ubah, pelabur akan lebih yakin dan rakyat pula akan menikmati hasil pembangunan secara lebih menyeluruh.


"Yang diperlukan (rakyat Sabah) kini ialah kepimpinan berwibawa, pengalaman dan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page