PRN Sabah: KEADILAN utamakan calon mampu bawa kemenangan
- Suara Keadilan

- 6 days ago
- 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan bahawa keutamaan utama dalam pemilihan calon pilihanraya adalah memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH).
Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata parti itu menerima sesiapa sahaja sebagai calon, termasuk individu baharu yang menyertai parti, namun ahli lama yang mengasaskan parti tetap diberi peluang dan tidak pernah diketepikan.
"Sifat parti KEADILAN ini parti terbuka, inklusif bukannya eksklusif. Apabila menamakan calon, sudah tentu Jawatankuasa Jabatan Pilihan Raya telah mengambil kira semua perkara yang mereka berikan pertimbangan adalah kebolehmenangan.
"Saya percaya mereka telah membuat semakan daripada semua perkara termasuklah melibatkan calon-calon yang sudah mempunyai rekod penyertaan pelbagai parti jadi itu lumrah dalam politik kita," katanya dipetik.
Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PH berkata begitu pada sidang media Simposium Kecerdasan Buatan (AI) Transformasi Keselamatan 2025 di Putrajaya.
Terdahulu Perdana Menteri yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 November lalu mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan (DU) Sabah pada PRN kali ini.
Kerusi yang ditandingi ialah DUN Inanam, DUN Api-Api, DUN Merotai, DUN Melalap, DUN Sindumin, DUN Tulid, DUN Gum-Gum, DUN Karamunting, DUN Segama, DUN Petagas.
KEADILAN mengetengahkan calon dari pelbagai latar belakang termasuk bekas Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) Perpaduan Datuk Ruji Ubi yang akan bertanding di DUN Merotai.









Comments