top of page

PRN Sabah: Gabungan PH-BN Kekalkan Kestabilan, Pembangunan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14
  • 2 min read

ree

Oleh: Ahmad Nadhir Yob


ULASAN: Di tengah gegak gempita politik Sabah yang sering diselubungi perebutan dan perpecahan, muncul satu sinar baharu di Sabah, semangat perpaduan yang kini diterjemahkan dalam bentuk pakatan politik apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengumumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengganggu kerusi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Mesejnya jelas: politik matang sedang mengambil tempat di bumi Sabah.


Kerusi penyandang dikekalkan


Berbeza dengan era politik lama yang sarat pertarungan dan sabotaj, kali ini PH dan BN tampil dengan pendekatan baharuiaitu prinsip “kerusi penyandang dikekalkan”.


Maknanya mudah, tetapi kesannya besar. Jika satu pihak sudah mewakili kawasan tertentu, pihak lain akan menghormatinya. Tiada pertindihan, tiada sabotaj, tiada pertembungan sesama rakan gabungan.


Langkah ini bukan hanya memudahkan rundingan kerusi tetapi lebih penting, menghantar isyarat jelas kepada rakyat Sabah bahawa Kerajaan Perpaduan tahu apa maknanya kestabilan.


Elak pertembugan, menuju kerjasama


Hubungan PH dan BN bukan lagi sekadar pakatan teknikal. Ia kini menjadi model baharu politik Malaysia. Politik yang menolak dendam dan mengangkat semangat “demi rakyat, bukan demi parti”.

 Penulis - Ahmad Nadhir Yob
 Penulis - Ahmad Nadhir Yob

Anthony Loke menegaskan, keputusan untuk tidak “mengganggu” kerusi BN dibuat demi mengelak perpecahan undi dan memastikan suara Kerajaan Perpaduan terus kukuh di Sabah.


Ini bukan politik retorik. Ini politik realistik, politik yang memahami bahawa rakyat muak dengan pertengkaran elit dan mahu melihat pembelaan dan kebajikan sekiranya diberi mandat memerintah.


Sabah perlukan kesepakatan demi pembangunan


Sabah memiliki cabaran tersendiri iaitu isu pembangunan luar bandar, infrastruktur, pendidikan dan peluang pekerjaan yang masih menuntut perhatian serius.


Gabungan PH-BN membawa harapan baharu bahawa politik boleh menjadi alat penyelesaian, bukan punca masalah.


Dengan mengelak pertembungan sesama sendiri, PH-BN boleh menumpukan sepenuhnya kepada misi sebenar, mengangkat taraf hidup rakyat Sabah.


Gabungan PH-BN di peringkat Persekutuan sudah menunjukkan kematangan. Mereka tidak lagi bermain dengan slogan kosong atau janji palsu, sebaliknya membina strategi yang berpaksikan kepercayaan antara parti.


Jika pembangkang memilih untuk berpecah, PH-BN pula memilih untuk berpadu.


Prinsip tolak ansur dalam gabungan


Langkah tidak bertanding sesama sendiri ini sebenarnya cerminan langsung kepada prinsip MADANI yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia menggambarkan bagaimana nilai hormat, tolak ansur dan tanggungjawab bersama boleh diterjemah dalam bentuk keputusan politik yang nyata.


Daripada sekadar slogan, MADANI kini hidup di Sabah diterjemahkan dalam bentuk strategi politik yang menjamin kestabilan dan kepercayaan.


PRN Sabah kali ini bukan sekadar medan pilihanraya, tetapi medan ujian terhadap masa depan politik matang Malaysia.


Jika PH dan BN berjaya membuktikan bahawa kerjasama mereka memberi hasil bukan hanya dalam pembahagian kerusi tetapi dalam kepercayaan rakyat, maka inilah bukti bahawa politik baharu sedang benar-benar bermula.


Dalam dunia politik yang sering dipenuhi helah dan dendam, langkah PH-BN di Sabah ini menjadi simbol harapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page