top of page

PRN: PH bina kekuatan sendiri, jangan bergantung kelemahan lawan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 14
  • 1 min read

Pakatan Harapan (PH) diingatkan tidak bergantung pada kelemahan pihak lawan sebaliknya fokus kepada kekuatan sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.


Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata pimpinan parti telah memberikan arahan jelas agar jentera diperkasakan atas keupayaan sendiri tanpa bergantung kepada faktor luar.


Ditemui pemberita selepas merasmikan program AI@NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seri Menanti di Kuala Pilah pada Sabtu, beliau menegaskan bahawa kelemahan musuh tidak menggambarkan kekuatan PH.


"Lemahnya musuh tak bererti kuatnya kita. Jadi arahan daripada pimpinan adalah jentera dan pasukan dalam kalangan Pakatan Harapan mesti kuat sendiri.


"Itu falsafah yang kita pegang dan semestinya kita akan menilai dinamika politik dari semasa ke semasa," katanya dipetik.


Sementara itu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN menyeru pasukan penerangan bergerak pantas bagi memastikan mesej gabungan itu dapat disampaikan dengan berkesan kepada pengundi.


Dalam masa sama, jentera parti diingatkan supaya berkempen dengan baik, secara sihat dan berlandaskan fakta, selain memahami bahawa pengundi pada hari ini memperoleh maklumat melalui pelbagai saluran.


"Bukan hanya melalui media massa tapi media sosial. Jadi mereka perlu mempunyai keupayaan mendampingi para pengundi yang mendapat maklumat bukan hanya bersemuka tapi dalam platform-platform yang baharu," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page