top of page

PRN N9: PH tonjol prestasi Aminuddin tepis naratif lawan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18
  • 2 min read

Negeri Sembilan yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun telah membuktikan kecemerlangan tadbir urus serta berjaya memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.


Sehubungan itu, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, Pakatan Harapan (PH) akan terus mempertaruhkan 'politik prestasi' dengan memastikan rakyat memahami pencapaian tersebut sebagai strategi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu kali ini.


"Pendekatan kita bukanlah untuk mencari salah atau menyerang pihak lawan. Sebaliknya mahu mengetengahkan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri demi manfaat rakyat.


"Menteri Besar telahpun membuktikan kepada rakyat dan juga seluruh Negeri Sembilan bagaimana beliau bersama kepimpinan Exco telah mampu melonjakkan ekonomi negeri ke tahap lebih tinggi.


"Keutamaan kita sekarang adalah untuk tonjolkan bahawa segala apa juga prestasi yang telahpun dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan, bawah Pakatan Harapan," katanya dipetik laporan media.


Dr Mohammed Taufiq berkata begitu ketika ditemui selepas Program Madani Kita di Sungai Petani pada Jumaat.

Sebagai mengulas peluang PH mempertahankan Negeri Sembilan, Dr Muhammed Taufiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pihaknya optimis rakyat akan membuat pilihan berdasarkan rekod pentadbiran kerajaan negeri dan bukannya polemik politik.


"InsyaAllah kita sangat positif. rakyat Negeri Sembilan mampu menilai siapa yang terbaik untuk menerajui kerajaan negeri selepas PRN akan datang," tambahnya.


Sementara itu sebagai mengulas program Program Madani yang diadakan di Padang Awam Bandar Puteri Jaya itu, beliau menjelaskan ia merupakan sebahagian platform kerajaan mendekati rakyat secara langsung bagi menyampaikan pelbagai inisiatif dan bantuan, selain mendengar sendiri isu serta permasalahan yang dihadapi masyarakat.


Pada program itu Kerajaan Persekutuan menyampaikan peruntukan RM500,000 kepada Kampung Angkat MADANI Kampung Bukit Kecil, RM200,000 bagi Program Santuni MADANI di Kampung Batu Dua serta RM100,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi menerusi Program Sekolah Angkat MADANI.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page