PM, pemimpin kerajaan hadir rumah terbuka Deepavali Menteri Sumber Manusia


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin kerajaan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan di kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi berkata, beliau bersama isteri turut memenuhi jemputan ke majlis berkenaan yang berlangsung dalam suasana meriah.
Menurutnya, majlis itu tersebut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
"Perayaan Deepavali bukan sekadar meraikan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, tetapi juga menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat perpaduan dan memperkukuh keharmonian sesama masyarakat," katanya dalam muat naik di media sosial.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ramanan atas jemputan dan layanan mesra sepanjang majlis berlangsung.
"Terima kasih kepada Datuk Seri Ramanan atas jemputan dan layanan mesra. Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan ini terus subur dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.




Comments