top of page

PRN: N Sembilan selesa 33 kerusi tetapi jangan terlalu yakin - Rafizi



Negeri Sembilan mungkin merupakan negeri Kerajaan Perpaduan yang paling teguh dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam 5 bulan akan datang.


Bagaimanapun, bagi Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Rafizi Ramli, keselesaan masih tidak boleh dibiar berlegar dalam minda anggota dan penyokong KEADILAN sehinggalah kemenangan benar benar dicapai.


Katanya ada pelbagai faktor, terutama sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh PN boleh mengubah pola pengundian pada PRN nanti.


"Untuk Negeri Sembilan berbanding negeri lain saya sebut faktor yang mempengaruhi keputusan adalah faktor nasional.


"Saya kata begitu hampir 5 tahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan adalah antara yang paling popular berbanding PH di negeri lain. Baik di kalangan bukan Melayu atau Melayu. Tetapi sudah tentu kerana kita dekat dengan Selangor, kita juga berada dekat dengan Melaka dan Johor yang mengalami tsunami dalam PRN lepas, sudah tentu tempias politik nasional itu sampai di sini.


"Tempias yang paling berbahaya adalah sentimen perkauman melampau yang dimain oleh PN. Kesan lebih berat di kawasan Utara dan Timur yang dipanggil Malay belt, kurang sedikit di Negeri Sembilan tetapi ada kesan


"Kita tidak boleh ambil mudah kerana memang ada asas. Maksudnya atas kertas, berdasarkan keputusan (simulasi) PRU lepas PH menang 17 kerusi dan BN menang 16 kerusi di Negeri Sembilan, sepatutnya kita semua dah boleh balik tidur kerana ia majoriti cukup besar 33 daripada 36 kerusi


"Tetapi kita kena tengok dalam 4 - 5 bulan akan datang. Ada beberapa faktor akan menentukan berapa besar kemenangan dan kestabilan kerajaan Negeri Sembilan selepas ini," katanya.


Namun Rafizi tidak meletakkan Negeri Sembilan dalam zon bahaya sehingga boleh berlaku kehilangan Kerajaan Negeri.


Cuma katanya selepas kerjasama dengan BN, seharusnya parti parti dalam Kerajaan Perpaduan sewajarnya mendapat undi yang lebih banyak dan bukan sebaliknya.


"Kalau pandangan saya, tak rasa bahaya hilang Kerajaan Negeri. Tetapi kalau masuk kerjasama politik dengan BN kita kena tengok juga penerimaan pengundi kerana ini tidak pernah berlaku dalam pilihanraya sebelumnya.


"Faktor utama adalah kebolehpindahan undi dari pengundi PH kepada calon BN dan daripada BN yang rata rata Melayu kepada kita.


"Kalau ikut unjuran, kalau kita letak 50% undi BN berlaih ke kita, keputusannya kerajaan akan kekal. Cuma sudah tentu kita mahu pertahan semua kerusi yang kita menangani dan kerusi potensi sepatutnya PRU lepas kita menang.


"Kita juga nak pasikan kerjasama itu diterjemah kepada limpahan undi yang lebih baik, bukan berkurang," katanya.


Oleh itu, Rafizi meletakkan faktor kejayaan reformasi pentadbiran dipimpin Datuk Seri Awar Ibrahim di peringkat pusat sebagai pemangkin sokongan.


Katanya, andai reformasi memperlihatkan tanda tanda kejayaan maka tidak mustahil pengundi atas pagar yang dahulu mengundi PN akan menyokong Kerajaan Perpaduan.


Selain itu beliau juga mahu wakil rakyat, penyelaras DUN atau ketua kampung berperanan menyebarkan cerita sukses pentadbiran di bawah PH dan lebih dekat dengan rakyat dalam 5 bulan ke hadapan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page