top of page

PRN N Sembilan: 'Kita tidak ada banyak masa menuju Mei' - MB




Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Negeri Sembilan mungkin diadakan dalam bulan Mei tahun ini sekiranya dipersetujui oleh negeri negeri Pakatan Harapan (PH) yang lain.


Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN Negeri Sembilan, malam tadi.


Menurut beliau, tidak banyak masa yang yang berbaki untuk membuat persediaan. Sehubungan itu beliau mahu jentera KEADILAN bekerja keras bagi mempertahankan Kerajaan Negeri kekal milik PH biar pun akan berlaku Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri sebagaimana di peringkat Persekutuan.


"InshaAllah peringkat awal perbincangan kita dengan rakan (Selangor dan Pulau Pinang), saya sebagai MB dan Ketua Menteri pada peringkat awal untuk kita bubar DUN pada hujung Mei.


"Kalau kita bubar hujung Mei maka PRN bulan Jun atau Julai. Kita tak ada masa sebenarnya. Kita tinggal beberapa bulan lagi untuk harungi PRN. Kalau tolak Tahun Baharu Cina, bulan Ramdan akan datang, dan beberapa hari kebesaran, kita rasa tinggal tidak lama lagi.


"Saya harap kita terus bersedia mengatur langkah bagi memastikan kemenangan," katanya.


Hal itu, menurut MB lagi, berdasarkan kajian keputusan Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan sokongan pengundi hampir 50:50 antara PH dan BN sekiranya PRN diadakan serentak.


Cuma, katanya Tuhan mahu menyelamatkan kerajaan PH maka berlaku ketetapan pembubaran DUN tidak serentak dengan Parlimen.


"Jadi bayangkan situasi sebenar di Negeri Sembilan, berbeza daripada Selangor, Pulau Pinang. Keadaan di sini memang begitu sejak PRU 2008. Kita 17 - BN 19. Lepas itu 15 - 21. Akhirnya kita menang 20 - 16 pada 2018.


"Yang terbaru (kajian menunjukkan) 17 - 16 - 3 (PN). Bayangkan jika PRN berlaku serentak, kita tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri yang selesa (sebelum Kerajaan Perpaduan terbentuk)," katanya.


Justeru itu, Aminuddin mengharapkan jentera KEADILAN dalam PRN akan lebih bersiap siaga terutama jentera akar umni seperti ketua kampung dan ahli majlis yang perlu berusaha lebih keras.


Katanya, Kerajaan Negeri telah mempunyai pelbagai skim bantuan rakyat namun tidak banyak pengundi yang mendapat penerangan.


"Kita ada 64 inisiatif (skim bantuan) pada 2023 ini. Dulu ada lebih 40 inisiatif tetapi maklumat tidak sampai ke bawah," kata Aminuddin lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page