PRN Melaka waktu Covid 19 letakkan rakyat dalam risiko - Ginnie Lim



Pembubaran DUN Melaka yang diumumkan oleh Speaker DUN, Ab Rauf Yusoh berikutan penarikan sokongan oleh 4 ADUN ke atas pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali semalam pada waktu pandemik Covid 19 belum benar-benar reda, hanya akan memperjudikan nasib rakyat.


ADUN Machap Jaya, Ginnie Lim mengingatkan bahawa langkah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya akan membawa bencana sebagaimana PRN Sabah pada tahun lalu yang menyebabkan jangkitan berleluasa Covid selama hampir setahun dan mengorbankan lebih 20,000 rakyat


Katanya, keputusan membubarkan DUN tersebut dibuat secara unilateral tanpa berbincang dengan semua pihak dan hanya mementingkan strategi politik Umno.


"Keputusan mengadakan PRN dalam masa pandemik Covid-19 telah meletakkan rakyat dalam risiko jangkitan, dan Umno harus bertanggungjawab sekiranya PRN menjejaskan kesihatan awam.


"Namun kami menerima cabaran ini bagi mengembalikan mandat rakyat Melaka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ginnie lagi, bagi rakyat yang bosan dengan pergolakan dalaman politik Perikatan Nasional dan mahu mengajar parti pemerintah maka PRN kali ini adalah medannya.


Sehubungan itu, beliau mahu pengundi mempertahankan DUN yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) dan memenangkan PH di kawasan yang gagal ditaklukki pada PRU lalu untuk mewujudkan kerajaan Melaka yang lebih stabil selepas ini.


"Selepas berkhidmat tiga tahun sebagai ADUN saya ucapkan terima kasih kepada semua warga Machap Jaya, penyokong dan anggota parti yang telah memberi kerjasama dan peluang untuk saya berkhidmat selama 40 bulan.


"Saya akan terus pertahankan DUN Machap Jaya agar kemenangan kembali kepada PH,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER