top of page

PRN Melaka: SOP terlalu ketat, pihak berkuasa pun keliru - Mannivanan



Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang terlalu ketat dalam mengawasi kempen Pilihan Raya Negeri Melaka bukan sahaja kurang difahami oleh parti-parti yang bertanding malah pihak penguatkuasaan pun terkeliru.


Hal ini didedahkan oleh Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, G Mannivanan.


Beliau yang juga peguam kepada beberapa anggota parti yang dikompaun berkata, dalam beberapa kes apabila diterangkan mengenai tafsiran undang-undang yang betul maka barulah pihak yang mengeluarkan kompaun faham tentang situasi kejadian.


"SOP di Melaka, ada 2 - 3 kes anggota dan pemimpin yang dikompaun di Melaka (menjadi anak guam). Bila saya bincang dengan Surhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu pun pihak polis, bila kita tanya soalan dan sebagainya, mereka sendiri tidak boleh mempertahankan diri mereka.


"Mereka kata minta maaf saudara atau YB, kami melalui taklimat, diberitahu dalam taklimat, inilah dimaksudkan. Tetapi bila saya terangkan dengan penuh sopan, saya kata Tuan, Tuan kata ini tak boleh tetapi bila kita pandang dari sudut ini, dia berbeza.


"Tuan pandang dari tafsiran Tuan, kami ada definisi kami. Kami pandang dari sudut berlainan. Setakat ini 2 - 3 kes terlepas, polis pun keliru.


"Ini menunjukkan SOP yang dibawa itu pun mereka tak faham, tak diterangkan (secara terperinci). Bila nak aplikasikan maka menyukarkan barisan hadapan," katanya dalam forum maya bersama KEADILAN Studio, malam tadi.


Menurut Mannivanan, SOP yang telalu ketat sehingga pihak polis dan SPR diminta sering memantau pergerakan calon serta anggota parti yang membantu kempen sebaliknya akan merencatkan demokrasi.


Katanya, calon atau anggota kempen tidak seharusnya disoal pelbagai perkara sebagaimana sekarang.


"Jadi saya berbeza pendapat. Kesian dengan pihak SPR, polis bawahan. Pergi Bilik Gerakan Utama (BGU) ini, soal YB ini, soal calon ini.


"Bila saya pergi, saya tanya anak guam saya lakukan kesalahan apa? Bila saya terangkan, saya kata cuba Tuan pandang dari bahagian ini, ia tak salah, benda ini boleh dilakukan dan mereka terima. Jadi saya rasa tak payah nak tekan kita sangat.


"Bila masuk pilihan raya kita memilih kerajaan yang betul-betul dikehendaki oleh rakyat tetapi kamu tidak boleh tekan mana-mana pihak. Kata ini kerana Covid, norma baru dan sebagainya," katanya.


Bagaimanapun, tambah mantan Ahli Parlimen Kapar itu, pihak Pakatan Harapan biar pun tidak bersaing di padang yang sama rata tetap menggunakan beberapa strategi berkempen untuk mendekati pengundi dan menyampaikan mesej.


"Kita tidak diberi ruang secukupnya. Ruang diberi terbantas dan mereka menguasai media perdana, yang ada media sosial. Bukan senang, memang di peringkat penerangan kami mengalami kerumitan dan kita ambil satu cabaran. Inilah realiti PRU akan datang dan inilah taktik yang akan dipakai oleh kerajaan. Namun kita ada strategi kita.


Walaupun tak boleh ceramah kelompok, tak boleh ceramah umum, tak boleh berjumpa pengundi secara bersua muka, dalam kerumitan ini kita ambil skil yang berbeza. Kali ini kita tekankan penggunaan media sosial, buat live. Ramai yang buat FB live.


"Setiap BGU ada studio. Ada beberapa pendekatan kita guna untuk menemui pengundi, kita juga tekan cara personal touch tetapi bukan bersua muka," katanya.


Manivanan turut menimbulkan pertanyaan mengenai janji kerajaan untuk membenarkan calon berkempen di media rasmi yang sepatutnya telah dilakukan pada 15 November, namun masih tiada seorang calon dari PH yang dibenarkan ke udara melalui media arus perdana.


"Dia (kerajaan) dah buat pengumuan, sepatutnya hari ini. Bila kita semak tak ada apa yang berlaku. Belum ada. Ini masalahnya," kata Mannivanan lagi

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page