top of page

PRN Melaka: Ketengahkan calon berwibawa, tolak calon tidak beretika


Pengerusi Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia (GENERASI KEADILAN), Yusmadi Yusoff meminta KEADILAN supaya mengenengahkan bakat-bakat berwibawa dan beretika daripada ahli-ahli parti menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka, November ini.


Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang berusia lebih 20 tahun, KEADILAN mempunyai satu generasi anak muda yang sudah dewasa dalam perjuangan reformasi.


"Ramai di kalangan penyokong-penyokong setia parti yang boleh diberi peluang sebagai pemimpin rakyat.


"Parti KEADILAN tidak perlu tergesa-gesa melihat bakat-bakat luar yang belum teruji kesetiaan dan kefahaman mereka terhadap perjuangan dan dasar parti.


"Sebagai sebuah parti Reformasi, Parti KEADILAN juga perlu menolak mana-mana calon yang tidak mengamalkan etika politik yang baik dan tidak menunjuk teladan yang baik kepada masyarakat.


"Pihak pimpinan Parti KEADILAN juga perlu menolak ADUN Melaka daripada KEADILAN yang tidak efektif berkhidmat sebelum ini," katanya.


Justeru, beliau percaya ramai bakat-bakat yang berpotensi perlu diberi peluang oleh pimpinan KEADILAN untuk PRN yang akan datang.


"GENERASI KEADILAN percaya bakat-bakat yang diasuh oleh pimpinan parti selama ini adalah formula kemenangan di pilihanraya negeri dan pilihan raya umum yang akan datang.


"GENERASI KEADILAN dan GENERASI KEADILAN Melaka komited dan bersedia untuk membantu Parti KEADILAN mencapai kemenangan di dalam pilihan raya di Melaka nanti," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page