top of page

PRN Melaka: BN dikompaun RM10,000, sepatutnya majlis dibatalkan terus



Tindakan Pejabat Kesihatan Kepong mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional kerana telah melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) Fasa 4 PPN dalam perhimpunan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN malam tadi dianggap tidak serius.


Pelbagai komen dari netizen beranggapan petugas Kementerian Kesihatan sewajarnya mengeluarkan notis membubarkan majlis berkenaan kerana hadirin yang terlalu banyak dan tidak boleh dikawal secara SOP ditetapkan.

Kompaun dikeluarkan kepada BN malam tadi

Menurut mereka, bukan sesuatu yang luar biasa premis perniagaan ditutup oleh petugas kesihatan atau penguatkuasa sekiranya didapati melanggar SOP. Namun mengapakah hal itu tidak boleh dilakukan ke atas perhimpunan BN.


Manakala Ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq Syed Abdul Rahman dalam komennya kecewa kerana majlis tersebut diteruskan dan merisikokan peserta yang berhimpun dijangkiti Covid 19.


"Berkumpul beramai-ramai dan buat majlis perlancaran jentera PRN Melaka, kena denda RM10,000.


"Peserta perhimpunan cecah ribuan orang. Tak ada social distancing, tak semak MySejahtera, tak jaga face mask, tak ada usaha nak jaga negara dari Covid.


"Pihak berkuasa boleh sahaja nak batalkan perhimpunan. Tapi majlis buat sampai habis. Siap ada live lagi,” sinisnya dalam catatan di media sosial.


Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin mengumumkan kementerian itu melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya negeri bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page