top of page

PRN: KEADILAN Johor sedia adakan rundingan bersama UMNO - Dr Zaliha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 7
  • 1 min read

KEADILAN Johor terbuka dan bersedia untuk mengadakan rundingan bersama UMNO bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Pengerusinya Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata, sebarang bentuk kerjasama politik perlu melalui saluran tertib dan berhemah, selari dengan semangat kerajaan MADANI bagi menjamin kestabilan politik serta kemenangan bersama.


"KEADILAN Johor menerima baik amanat dan teguran Presiden. Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua pimpinan memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi serta gerak kerja akar umbi sebagai persediaan menghadapi PRN akan datang.


"Amanat presiden jelas iaitu kekuatan parti tidak ditentukan oleh tuntutan kerusi, tetapi oleh disiplin jentera, kesatuan pimpinan dan keupayaan memenangi keyakinan rakyat," katanya dipetik FMT.


PRN Negeri Johor perlu diadakan selewat-lewatnya April tahun depan. Anwar menerusi ucapan di Konvensyen KEADILAN Johor minggu lalu turut mengingatkan bahawa setiap rundingan juga perlu mengambil kira kekuatan sokongan yang dimiliki parti itu di peringkat Parlimen.


Sementara itu, Pemuda UMNO Johor mengalu-alukan kesediaan KEADILAN Johor mengambil pendekatan berunding bagi menentukan pembentukan gabungan serta kerjasama politik menjelang PRN.

Ketuanya Noor Azleen Ambros, berkata rundingan dilaksanakan secara berhemah dan bertanggungjawab memberi isyarat keutamaan harus diberikan kepada kepentingan rakyat dan negeri Johor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page